Wednesday, April 10, 2013

Pilihan raya: Tiga perkara PENTING perlu diingati sebelum buat keputusan

Posted by Smookiekins On 4/10/2013 09:27:00 AM
KUALA PENYU: Tiga perkara penting yang perlu diingati oleh rakyat sebelum membuat sebarang keputusan.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Beaufort Isnin Haji Aliasnih berkata tiga perkara itulah juga boleh dijadikan sebagai perbandingan antara BN dengan pembangkang.

Perkara pertama, katanya ialah matlamat perjuangan antara BN dengan pembangkang yang jauh berbeza.

Menurutnya perjuangan BN berasaskan kepada keikhlasan, ketelusan dan kesungguhan dan semuanya dilakukan untuk rakyat.

“Tetapi ia berbeza dengan pembangkang di mana matlamat perjuangan pembangkang adalah untuk memenuhi keinginan dan cita-cita mereka yang sebenar dan bukannya untuk rakyat,” katanya pada majlis bersama pemimpin di Kampung Kekapor dekat sini kelmarin.

Beliau berkata perkara amat jelas diperlihatkan oleh pembangkang kepada rakyat dengan mengemukakan pelbagai dakwaan.

Katanya, dakwaan itu termasuklah kononnya masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak dipedulikan oleh BN sebagai peneraju kerajaan.

“Rakyat boleh berfikir sendiri kerana pemimpin pembangkang yang ada hari ini adalah mereka yang pernah bersama BN dan memegang jawatan penting…masalah yang dihadapi oleh rakyat itu pula sudah berlaku ketika mereka bersama BN…apa yang mereka lakukan ketika itu membiarkan masalah itu berlanjutan dan apabila keluar, mereka mendakwa pula masalah itu tidak dipedulikan oleh BN,” katanya dan menambah dakwaan itu ternyata bohong dan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat daripada perkara yang sebenar.

Menurutnya apabila mereka meninggalkan BN, banyak masalah yang telah dikesan oleh BN dan berjaya pula ditangani tanpa menunggu masa yang begitu lama.

Katanya, masalah itu tidak pernah dipedulikan oleh mereka “dan perkara ini kita kesan apabila mereka meninggalkan BN dan menyertai pembangkang.”

Beliau berkata masalah itu diselesaikan oleh BN kerana mengetahui ia sudah lama membelenggu rakyat.

Isnin berkata perkara kedua pula ialah BN tidak mempergunakan atau memperalatkan rakyat untuk memenuhi keinginan dan cita-cita seseorang.

Sebaliknya, katanya, BN menjadikan rakyat sebagai sumber inspirasi perjuangan dengan cara mendengar apa yang diluahkan oleh rakyat.

“Perkara ini amat berbeza dengan pembangkang yang mempergunakan, memperalatkan dan memperbodohkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata pembangkang mempergunakan rakyat kerana mahukan cita-cita dan impian mereka tercapai.

“Apa yang mereka inginkan itu tidak mampu dicapai sewaktu bersama BN kerana perjuangan BN adalah untuk rakyat dan BN juga tidak mempergunakan, memperbodohkan dan memperalatkan rakyat,” katanya.

Menurutnya perkara ketiga pula adalah pembangkang tidak pernah mahukan rakyat menikmati keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran.

Katanya perkara itu boleh dilihat dengan sikap dan tindakan yang dilakukan oleh pembangkang termasuklah mempergunakan isu-isu agama selain memperlekehkan isu keselamatan.
 
Sumber : New Sabah Times 
Reactions:

1 comment:

  1. buat keputusan terbaik, jgn silap buat keputusan, ia demi masa depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...