Thursday, April 4, 2013

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2013

Posted by Smookiekins On 4/04/2013 10:22:00 AM

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT SABAH AKAN DIANJURKAN OLEH PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (CAWANGAN SABAH) SERTA JABATAN PELAJARAN NEGERI


PERTANDINGAN MENULIS CERPEN

1. Latar Belakang 


Menulis adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia kerana melalui tulisan, seseorang dapat menyerlahkan kreativitinya, iaitu antara lain, dalam bentuk cerpen. Cerpen merupakan salah satu bentuk karya sastera yang dikenali secara meluas di kalangan masyarakat. Cerpen merupakan satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman realiti dan imaginasi pengarang.
  • Setiap cerpen yang ditulis perlu ada mesej yang  boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk mendapatkan panduan, pengetahuan dan pen galaman.
  • Teknik dan gaya bahasa dapat dihayati untuk  memberikan pengajaran dan hiburan.
  • Membentuk pemikiran yang positif.
  • Persembahan, olahan, susunan peristiwanya dan diksi menepati ciri - ciri sebuah cerpen.

 2. Tujuan


  • Mengembangkan karya kreatif di Sabah bagi melahirkan generasi baru yang berpengetahuan.
  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dikalangan masyarakat.
  • Membina masyarakat yang berbudaya membaca  dan kaya maklumat.
  • Memperbanyakkan bahan bacaan serta mempertingkatkan penerbitan Perpustakaan Negeri Sabah.


3.Peserta / Penyertaan


Pertandingan menulis Cerpen 2013 terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:-

A) KATEGORI TAHAP 1

Sekolah Menengah Rendah  [Pelajar Tingkatan 1 –3]


B) KATEGORI TAHAP 2

Sekolah Menengah Atas (Pelajar Tingkatan 4 – 5, ‘A’ Level dan  Pra-Universiti)


C) KATEGORI TAHAP 3 

Pelajar IPTA / IPTS

D) KATEGORI 4


Umum



4. Syarat - syarat Penyertaan


  • Warganegara Malaysia yang sedang belajar di Sabah.
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sabah.
  • Tema cerita adalah bebas. 
  • Tidak mengandungi unsur - unsur negatif.
  • Cerpen mestilah karya asli, bukan saduran atau  terjemahan, belum pernah diterbitkan dan tidak pernah dipertandingkan.
  • Setiap peserta dikehendaki menghantar empat (4) Salinan bercetak dan satu (1) cakera padat yang dilabel dengan tajuk cerpen.
  • Maklumat peserta tidak boleh ditulis pada  halaman karya.
  • Cerita ditulis dalam bahasa Malaysia, ditaip jarak langkau dua baris, kertas kuarto A4, dan ruang kosong kiri 4sm, kanan 2sm dan bawah 3sm, font Times New Roman bersaiz 12.
  • Panjang penulisan cerpen
  • - Kategori Tahap 1 : 7-9 halaman
  • - Kategori Tahap 2 : 10 -12 halaman
  • - Kategori Tahap 3 : 13 -15 halaman
  • - Kategori Tahap 4 : 16 -20 halaman
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja dan ianya tidak akan dikembalikan.
  • AJK Induk dan ahli keluarga tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. 
  • Urus Setia tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan karya.
  • Setiap karya adalah hak penganjur dan sebarang penerbitan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran


5. Penilaian


  • Penilaian akan dilakukan oleh panel yang dilantik oleh Perpustakaan Negeri Sabah. 
  • Keputusan adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
  • Pihak penganjur berhak menerbitkan karya  yang terpilih.

*NOTA: 

- Borang penyertaan boleh dibuat salinan.Sekiranya ruangan borang maklumat tidak  mencukupi sila gunakan lampiran.

6. Hadiah

Tahap 1 

RM1,000.00 x 10 karya terbaik

Tahap 2

RM1,500.00 x 10 karya terbaik

Tahap 3

RM2,000.00 x 10 karya terbaik

Tahap 4

RM2,500.00 x 10 karya terbaik





Semua penyertaan mestilah sampai pada / sebelum 18 Jun 2013, jam 5.00 petang dan dialamatkan kepada:

Urus Setia, Pertandingan Menulis Cerpen Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah
Jalan Tasik Off Jalan Maktab Gaya, 88300 Kota Kinabalu  Sabah

[u/p: Pn. Esther Mobilik /  Pn. Aine Naddia Binti Samin ]
No .tel : 088- 231623, 214828



Jangan lepaskan peluang ini! Borang penyertaan boleh "google". Taip "Risalah Pertandingan Menulis Cerpen 03_3". Minta maaf sebab tidak dapat sediakan di sini. Selamat berkarya! 

Regards, Bah Sabah Bah

6 comments:

  1. macam mana nak masukkan hasil cerpen ke dalam cakera padat?

    ReplyDelete
  2. burn cd maybe...test jer....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dengan perkongsian.
    Singgah dan follow sini.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. bila dapat taw keputusan pemenang???:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...