Tuesday, April 2, 2013

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata pembayaran RM1,000 itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.

"Lembaga dan pengurusan Petronas mengesyorkan kepada saya dan saya bersetuju dengan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas," kata beliau kepada kakitangan Petronas pada satu pertemuan di sini, hari ini.

Najib juga berkata Petronas menyumbang RM1 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara tahun lepas.

"Dana ini dibentuk pada 1988 dan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia.

Sehingga 2009, Petronas menyumbang secara konsisten sebanyak RM100 juta setiap tahun kepada dana itu," kata beliau.

Pada 2010, beliau berkata, Petronas menyumbang RM500 juta dan pada 2011, perbadanan itu menyumbang sebanyak RM1 bilion.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Najib mengumumkan Petronas menyumbang RM1 juta kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis.

Beliau juga mengumumkan Lembaga Petronas memutuskan untuk menyumbang RM20,000 kepada keluarga setiap wira negara yang terkorban di Lahad Datu.


Sumber : Sinar Harian 
Reactions:

2 comments:


  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...