Tuesday, April 23, 2013

Kemenangan BN akan kekal jika kita tetap bersatu, Liew

Posted by Smookiekins On 4/23/2013 10:25:00 AM

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan jika parti komponen terus bersatu, kata presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Liew Vui Keong.

"Bukan sahaja di Likas, tetapi di semua kerusi parlimen menyatakan bahawa BN akan bertanding," katanya pada majlis makan tengah hari komponen belia parti BN dan calon BN Likas  N14 Chin Shu Ying kemlarin. 

Turut hadir ialah Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin, naib presiden Datuk Lim Ming Hoo dan Datuk Pang Yuk Ming, Setiausaha Agung Datuk Teo Chee Kang, dan ahli-ahli dari PBS, Umno, MCA dan parti-parti komponen yang lain.

Liew menggesa ahli-ahli parti komponen BN untuk bersatu bagi memastikan kemenangan untuk semua calon-calon BN. 

"LDP gembira bahawa kita dilantik untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Likas," katanya.


Beliau berkata bahawa Chin akan berhadapan dengan veteran politik iaitu Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee (SAPP) di Likas.


Jika Chin berjaya mengalahkan Yong, dia akan menjadi seorang wira, katanya.

Liew berkata walaubagaimanapun Chin masih memerlukan sokongan daripada ahli-ahli parti-parti komponen BN.

Dalam manifesto BN negeri yang dilancarkan oleh pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman semalam (22 April), Liew berkata isu pendatang tanpa izin  Sabah telah diletakkan sebagai keutamaan, di mana ia  mencerminkan keikhlasan kerajaan BN terhadap masalah tersebut.

Beliau berkata kerajaan akan melaksanakan cadangan-cadangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Sementara itu, BN Sabah telah menyenaraikan isu-isu tanah adat sebagai keutamaan kedua untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan masalah ini. Liew berkata beliau juga akan meminta kerajaan untuk meneruskan pengeluaran sijil asli yang telah dibekukan sejak 1980-an.

Liew berkata BN telah memasukkan  Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam manifesto sementara parti pembangkang tidak ambil berat berkenaan dengan keselamatan negeri dan rakyat Sabah dan malah mendakwa bahawa pencerobohan itu dirancang oleh BN. 

"Kita telah kehilangan 10 anggota keselamatan yang mempunyai ibu bapa dan anak-anak. Bagaimana ini boleh menjadi jenaka?" tanya Liew. 


Salam, Bah Sabah Bah 




2 comments:

  1. Jika semua parti dalam BN bersatu, pasti kemenangan akan jadi milik BN.

    ReplyDelete
  2. jgn jadi seperti pembangkang yang berpecah belah dan lemah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...