Friday, March 22, 2013

Samuel Kwan Zhi Yang pelajar cemerlang Sabah

Posted by Smookiekins On 3/22/2013 04:08:00 PM
TAMPARULI: Walaupun tanpa mengikuti apa-apa tuisyen, Samuel Kwan Zhi Yang dari SM Sung Siew Sandakan berjaya mencapai keputusan cemerlang 11A+, 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekaligus menjadi pelajar cemerlang SPM 2012 bagi negeri Sabah.

Beliau kini berada di Amerika Syarikat bagi wakil Malaysia dalam Program Pertukaran Pelajar Yayasan Antarabudaya Malaysia 2013.

James Kwan, 50, mewakili anaknya menerima sijil penghargaan pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2012, di SMK Tamparuli, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, anaknya yang bercita-cita ingin menjadi jurutera, seorang yang rajin belajar, rajin menyiapkan kerja rumah, suka berdikari, kuat iman dan patuh kepada nasihat ibu bapa.

“Saya amat gembira dan bangga atas keputusan yang diperolehinya,” katanya dan menambah Samuel mendapat keputusan 7A, 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini.

Beliau juga memuji anaknya kerana walaupun sibuk belajar tetapi dia bijak mengurus masa untuk belajar, bersukan dan mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah.

Sementara itu Azrul Nizam Yucque Azral, pelajar SMK Tenghilan yang mendapat keputusan 11A berkata dia gembira dan tidak menyangka akan menjadi antara pelajar cemerlang SPM 2012.

Pelajar yang berasal dari Kampung Topokoon Tamparuli itu berkata, selama ini dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang.

“Saya mahu membanggakan kedua ibu bapa saya kerana pelajaran itu sangat penting,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar, suatu hari nanti.

Seramai 14 pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012 iaitu Samuel, Gan Yi Hong dari SMK Agaseh Lahad Datu (10A+, 1A), Serena Marissa Karnil dari SM Stella Maris Kota Kinabalu (10A+), Winnie Fong Wen Yee dari SMK Sung Siew, Sandakan (9A+,2A), Lim Han Liang dari SM Tinggi Kota Kinabalu (9A+, 1A), Eric Elton Charles dari SMK Kolombong (9A+, 1A), Ariel Logujin Takom dari SM Holy Trinity Tawau (9A+, 1A-), Shaun Shnil Me Ne Zes dari SM All Saints Kota Kinabalu (9A+, 1A-) dan Lo Kar Poh dari SM Sung Siew Sandakan (9A+, 1A-).

Tiga pelajar dari SM Lok Yuk Kota Kinabalu iaitu Leong Sin Yee (8A+, 1A, 2A-), Lee Chun Yik (8A+, 2A,1A-) dan Alicia Tang Yan Ping (8A+, 3A), Siti Nadhira Zamri dari SM Sains Kota Kinabalu (8A+, 1A, 1A-) dan Stephenie Racheal Yapp dari SM All Saints Kota Kinabalu (8A+, 1A, 1A-).

Sijil penghargaan kesemua pelajar cemerlang itu disampaikan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Jame Alip.

2 comments:

  1. tahniah atas pencapaian cemerlang

    ReplyDelete
  2. Tahniah ariel! Boleh bha kalau kau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...