Saturday, March 9, 2013

Polis nafi 700 lagi militan ceroboh Sabah

Posted by Smookiekins On 3/09/2013 12:04:00 PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan khabar angin kononnya 700 penceroboh militan akan memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara di negeri itu.

Beliau berkata penyebaran maklumat melalui media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), kononnya penceroboh militan itu akan memasuki Kota Kinabalu dan Tawau, tidak benar. 


“Maklumat yang disebar dalam berita itu meminta pihak polis berhati-hati dan meningkatkan kawalan keselamatan. Di sini saya nyatakan bahawa maklumat itu bukan dikeluarkan polis dan ia tidak betul,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas FELDA Sahabat 16, dekat sini semalam.



Jangan mudah percaya


Ismail menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dan panik dengan maklumat tidak sah berhubung isu pencerobohan di Sabah.

“Kalau maklumat tidak disahkan sama ada oleh polis atau tentera, jangan mudah percaya. Keselamatan dan keamanan di kawasan pantai timur negeri itu terkawal dan tidak perlu cemas,” katanya.


Beliau juga berkata, polis tidak menerima laporan daripada Wisma Putra berhubung dakwaan Jamalul Kiram III kumpulannya menawan empat rakyat Malaysia.


Pihaknya juga tidak menerima sebarang maklumat Jamalul Kiram meminta kerajaan Malaysia menyerahkan pengganas sebagai pertukaran dengan empat anggota keselamatan yang kononnya berada dalam tawanan mereka.

Tiada maklumat tawanan

Ismail diminta mengulas laporan portal Philipine Daily Inquirer yang memetik Jamalul Kiram mendakwa pengganas menawan empat anggota polis dalam kejadian serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, yang turut mengorbankan enam anggota polis, malam Sabtu lalu.

Sebelum ini, Ismail beberapa kali dilaporkan berkata, pihaknya tiada maklumat empat anggota polis ditawan pengganas dalam kejadian itu.

Dalam laporan portal itu, beliau turut mendakwa 10 pengganas Sulu ditawan pasukan keselamatan Malaysia ketika polis dan tentera diserang di Kampung Tanduo pada 1 Mac lalu.

Jamalul Kiram dilaporkan mahu pertukaran tawanan bagi menghentikan pertempuran dan operasi pasukan keselamatan. Anak perempuannya, Jacel Kiram turut mendakwa empat individu, iaitu dua tentera dan masing-masing seorang anggota polis serta orang awam ditawan pengganas.


Sumberh: Berita Harian
Reactions:

1 comment:

  1. jgn percaya khabar angin yang belum tentu benar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...