Saturday, March 2, 2013

Janji ditabur oleh pembangkang belum tentu ditunaikan

Posted by Smookiekins On 3/02/2013 12:02:00 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata rakyat jangan mudah terpengaruh dengan manifesto pihak pembangkang yang diumumkan baru-baru ini memandangkan ia belum tentu lagi dapat ditunaikan.

Ini katanya, manifesto pembangkang pada pilihan raya yang lepas sukar mereka tunai segala janji kepada rakyat dan inikan pula manifesto menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang dilihat terlalu bercita-cita tinggi.

“Kita harap rakyat khasnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang seperti yang terkandung dalam manifesto hanya sekadar janji manis saja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat N.45 Elopura di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin.

Au yang juga Ahli Parlimen Sandakan menegaskan rakyat boleh menilai prestasi pemerintahan pembangkang di negeri-negeri diterajui apabila rakyatnya seringkali merungut akibat kegagalan pembangkang dalam pelbagai aspek pembangunan.

Katanya, rungutan rakyat di negeri-negeri yang diterajui pembangkang itu boleh dijadikan sebagai satu ikhtibar agar tidak tertipu dengan manifesto didakwanya tidak ‘original’ dan cuba menyalin manifesto kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, manifesto pembangkang tidak menampakkan kesungguhan namun sebaliknya menjurus kepada propaganda politik semata-mata demi meraih sokongan rakyat.

“Pilihan raya yang lepas pun pembangkang sukar tunaikan janji dan inikan pula manifesto kali ini … rakyat boleh rujuk sikap pemimpin pembangkang berhubung masalah air yang konon mengatakan ia bukannya janji tetapi cuma manifesto.

“Justeru, rakyat kena teliti betul-betul manisfesto pembangkang ini jangan sampai tertipu,” dakwanya.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...