Wednesday, February 20, 2013

Tomato agen kesihatan

Posted by Smookiekins On 2/20/2013 04:24:00 PM
Tomato atau nama saintifik iycopersicon esculetum adalah buah yang kaya dengan antioksida. Buah tomato yang boleh dimakan mentah begitu saja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan dan ia pasti menjadikan keenakan tersendiri.

Selain itu, tomato boleh mengurangkan risiko beberapa jenis barah adn penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidikan luar negara turut mendapat, tabiat memakan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko angin ahmar.

Laporan kajian lain menyatakan amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52%. Kajian yang dijalankan (Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu) mendapati tomato memberi kesan yanng hebat untuk mengatasi masalah kemurungan. Tomato dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung serta barah kepada mereka yang mengamalkannya.

Tomato kaya dengan zat besi, serat dan Vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan garam mineral. Khasiat tomato berkaitan rapat dengan kecantikan kulit. Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. 

Tomato juga adalah elemen penyejuk yang mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan manakala vitamin A dan C membantu mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Bagi yang ingin mengekalkan keremajaan dan kecantikan kulit, jangan tunggu lagi manfaatkan sepenuhnya penggunaan tomato sebagai bahan rawatan kecantikan. Misalnya, topeng penyegar muka yang dihasilkan menggunakan tomato bukan saja mudah dihasilkan tetapi tidak perlu mengeluarkan belanja banyak.

Antara kebaikan mengambil tomato:

  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Menghalang pembengkangkan dan keradangan.
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan perlindungan kepada alahan.
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)

Reactions:

11 comments:

  1. byk betul khasiat tomato

    ReplyDelete
  2. The tomato is consumed in diverse ways, including raw, as an ingredient in many dishes and sauces, and in drinks.

    ReplyDelete
  3. The fruit is rich in lycopene, which may have beneficial health effects.

    ReplyDelete
  4. The tomato belongs to the nightshade family.

    ReplyDelete
  5. The plants typically grow to 1–3 meters (3–10 ft) in height and have a weak stem that often sprawls over the ground and vines over other plants.

    ReplyDelete
  6. Early tomatoes and cool-summer tomatoes bear fruit even where nights are cool, which usually discourages fruit set.

    ReplyDelete
  7. Tomatoes are also commonly classified as determinate or indeterminate.

    ReplyDelete
  8. Most modern tomato cultivars are smooth surfaced, but some older tomato cultivars and most modern beefsteaks often show pronounced ribbing, a feature that may have been common to virtually all pre-Columbian cultivars.

    ReplyDelete
  9. There is also a considerable gap between commercial and home-gardener cultivars; home cultivars are often bred for flavor to the exclusion of all other qualities, while commercial cultivars are bred for such factors as consistent size and shape, disease and pest resistance, suitability for mechanized picking and shipping, and ability to be picked before fully ripening

    ReplyDelete
  10. Tomatoes grow well with seven hours of sunlight a day.

    ReplyDelete
  11. Tomato cultivars vary widely in their resistance to disease.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...