Monday, February 25, 2013

Manfaat bersama kerajaan BN

Posted by Smookiekins On 2/25/2013 11:11:00 PM
Rakyat perlu memastikan manfaat dan pelbagai bantuan kerajaan Barisan Nasional  (BN) secara percuma dapat dinikmati dengan berterusan.

Dakwaan pembangkang kononnya BN gagal membantu rakyat di pedalaman tidak berpijak di bumi nyata kerana pelbagai program pembangunan dilaksanakan, berjaya meningkatkan ekonomi mereka.

Rakyat seharusnya tidak membiarkan nikmat dan kemudahan itu hilang begitu saja hanya kerana terpengaruh dengan cerita indah pembangkang.

Kepimpinan kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Sabah di bawah Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri perlu dikekalkan kerana kedua-dua pemimpin tersebut memahami dan memberi perhatian terhadap segala keperluan rakyat.

Jangan rakyat bermimpi akan mendapat pelbagai bantuan, termasuk RM500 dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada pembangkang seperti cerita indah yang mereka sering lontarkan.

BN sudah terbukti berjasa kepada negara sejak merdeka sehingga sekarang, malah Perdana Menteri sendiri banyak mengilhamkan pelbagai bantuan demi kesejahteraan rakyat selain banyak menyediakan kemudahan asas.

Selain projek infrastruktur, kerajaan BN turut menyediakan peluang bagi masyarakat desa megusahakan pertanian, penternakan dan perikanan untuk membina kemajuan menerusi program pembangunan usahawan.

Satu daripada program itu ialah penyediaan Tamu Niaga Kampung Gadong di Beaufort. Dimulakan hujung tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung bulan depan. Hasil usaha sama pelbagai agensi kerajaan tapak perniagaan di kawasan seluas 0.4 hektar itu dimajukan dengan peruntukan kerajaan negeri. Kawasan yang strategik dan deretan kedai menyediakan peluang untuk perniagaan kecil-kecilan.

Kerajaan BN tidak meminta apa-apa daripada rakyat tetapi memerlukan sokongan padu mereka pada PRU-13.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)

20 comments:

  1. teruskan bersama BN

    ReplyDelete
  2. Rakyat Malaysia harus berterima kasih dan terus menyokong dasar kerajaan yang diamal selama ini kerana ia membantu membangunkan Malaysia

    ReplyDelete
  3. kerajaan telah lakukan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat, maka patut rakyat terus beri peluang dan menyokong.

    ReplyDelete
  4. Jangan timbulkan sesuatu perkara yang boleh menghalang perkembangan pembangunan kerana ia boleh menjadi fitnah pula kepada masyarakat itu sendiri

    ReplyDelete
  5. semua anggota UMNO agar menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh parti menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

    ReplyDelete
  6. bagi memastikan perpaduan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat dikekalkan, sekali gus menguatkan BN dan memastikan kemenangan dua pertiga dapat dicapai.

    ReplyDelete
  7. Sokongan orang Melayu telah berkurangan akibat perpecahan yang berlaku di dalam parti sehingga menyebabkan UMNO, parti yang mewakili orang Melayu di negara ini kalah teruk pada Pilihan Raya Umum 2008.

    ReplyDelete
  8. UMNO dan parti komponen BN perlu terus berdampingan dengan rakyat agar rakyat terus memberi sokongan.

    ReplyDelete
  9. berharap sokongan ini kekal selamanya dan ini kita dapat buktikannya kepada rakyat di kawasan lain dalam PRU13 kelak

    ReplyDelete
  10. melalui sokongan semua pihak pembangunan yang dibawa kerajaan BN dapat dilaksanakan dengan lancar.

    ReplyDelete
  11. Kita harus sentiasa menyokong kepimpinan kerajaan BN dalam memastikan kita di landasan yang tepat untuk menuju sebuah negara maju menjelang 2020 kelak

    ReplyDelete
  12. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata rekod kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik kerana mereka berupaya untuk menyampaikan janji-janji pembangunan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak prihatin dengan masalah rakyat di negara ini dan banyak peruntukan telah disalurkan kepada negeri untuk membangunkan negeri ini.

    ReplyDelete
  14. Menurut Musa, projek pembangunan seperti jalan raya dan jambatan juga diberi keutamaan untuk keselesaan rakyat di kawasan luar bandar, dan ini adalah jelas bahawa kerajaan BN adalah sensitif kepada keperluan rakyat. BN mendengar kepada rakyat dan memberi keutamaan untuk menjaga kebajikan rakyat di negara ini, katanya.

    ReplyDelete
  15. Beliau berkata usaha-usaha murni kerajaan, termasuk keamanan dan keharmonian, telah dirancang oleh pemimpin-pemimpin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat di kawasan ini termasuk kawasan pedalaman.

    ReplyDelete
  16. "Saya juga berbangga dengan wakil-wakil rakyat BN untuk menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan wakil rakyat tidak melupakan tugas dan peranan mereka sebagai wakil rakyat. Saya mahu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat, "katanya.

    ReplyDelete
  17. Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dari parti pembangkang yang hanya datang untuk melihat orang ramai pada malam sebelum pilihan raya.

    ReplyDelete
  18. Beliau percaya rakyat Sabah, termasuk Tenom, pintar dan sedar pembangkang yang hanya datang ke kampung-kampung ketika pilihan raya untuk membuat janji-janji kosong bulan dan bintang.

    ReplyDelete
  19. Musa berkata kerajaan BN diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi pemimpin yang cemerlang yang mentadbir negara.

    ReplyDelete
  20. are you ready for bn???????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...