Tuesday, February 26, 2013

Manifesto pembangkang resepi penolakan rakyat

Posted by Smookiekins On 2/26/2013 04:05:00 PM

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.


Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya di sini, hari ini.



Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diminta mengulasmengenai manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang yang diumum di Shah Alam, Selangor, semalam.


Antara lain, Pengarah Strategi Parti Keadilan, Rakyat Rafizi Ramli ketika membentangkan manifesto itu, dilapor berkata, pakatan komited dalam mempertahankan hak Sabah dan Sarawak berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.


Mengulas lanjut, Ongkili berkata, pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta.

"Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN," katanya.


Mengenai penghapusan tol, beliau berkata langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya.

"Kita tidak perlukan kerajaan pusat seperti itu. Manifesto itu resepi sempurna bagi penolakan rakyat," katanya.


Sumber: Berita Harian
Reactions:

28 comments:

  1. manifesto pembangkang byk palsu

    ReplyDelete
  2. Datuk Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) Manifesto Pakatan macam pejual ubat, rakyat akan pasti menolaknya.

    ReplyDelete
  3. Datuk Salleh Tun Said (Timbalan Pengerusi Umno Sabah)- Tiada sesuatu yang baru dalam manifesto itu- pakatan hanya menggunapakai tindakan-tindakan yang dilasanakan BN dengan fine tune sana sini, selain menokok tabah, sehingga manifesto tidak realistik dan lebih kepada retorik.

    ReplyDelete
  4. Datuk Rahman Dahalan (MP Kota Belud)- manifesto pakatan sungguh bahaya dan manifesto terdesak, tidaka perkiraan ekonomi dan tidak realistik.

    ReplyDelete
  5. Datuk VK Liew (Presiden LDP)- Manifesto itu bukan untuk kesejahteraan rakyat, tetapi manifesto syok sendiri.

    ReplyDelete
  6. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyifatkan manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak

    ReplyDelete
  7. sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya

    ReplyDelete
  10. pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antaranya, pendidikan percuma bermula dari prasekolah hingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma, selain penurunan cukai eksais kereta secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

    ReplyDelete
  11. rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

    ReplyDelete
  12. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS.

    ReplyDelete
  13. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

    ReplyDelete
  14. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  15. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

    ReplyDelete
  16. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian.

    ReplyDelete
  17. THERE is no point in Pakatan Rakyat rolling out new pledges in their bid to wrest federal power when they cannot even fulfil promises made in the last general election.

    ReplyDelete
  18. This was the general consensus of political leaders in response to the Pakatan's 2013 general election manifesto, which was unveiled yesterday at its convention in Shah Alam.

    ReplyDelete
  19. Penang Gerakan vice-chairman Wong Mun Hoe described the DAP 2008 manifesto as vague and that was why they could not fulfil many promises until now.

    ReplyDelete
  20. Wong said the manifesto had no concrete plans.

    Commenting on the new Pakatan manifesto, Wong said the people had to think carefully before they cast their votes.

    ReplyDelete
  21. "Whatever they promised were all 'a pie in the sky'."

    State MCA secretary Lau Cheik Tuan urged Chief Minister Lim Guan Eng not to forget the promise that the state government would abolish the Sungai Nyior toll if DAP was voted into power.

    ReplyDelete
  22. Lau added that promises on the free WiFi connection, weekend free parking and move to resolve traffic congestion on the island had also not been fulfilled since Lim took over the state administration.

    "That is why it is going to be difficult for the people to trust Pakatan's promises this time."

    ReplyDelete
  23. Another unfulfilled promise made by Pakatan in Penang was when its adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim met residents in Kampung Buah Pala during his campaign trail before the March 8 general election.

    "Vote us to power and the land is yours" promised Anwar.

    ReplyDelete
  24. State Umno Youth chief Shaikh Hussein Mydin said DAP fell short in fulfilling its 2008 election pledges, with the lack of affordable housing one of the biggest failures.

    "Only private developers built low- and low-medium-cost homes here in the last five years. The state did not build any.

    ReplyDelete
  25. "It is also only now that the state government is launching its own affordable housing projects. I would say the state failed to deliver its promise to provide more affordable housing for the people."

    ReplyDelete
  26. On its pledges of speech and information freedom, Shaikh Hussein pointed out that DAP had also failed there.

    "Yes, they enacted the Freedom of Information Bill. They let you look at documents for 20 minutes but no one is allowed to make copies.

    ReplyDelete
  27. He noted that Lim's promise to reintroduce local government elections in Penang and threat to sue the Federal Government and Election Commission now were moves to make the people feel good.

    ReplyDelete
  28. Zambry said Pakatan had yet to implement many items in its 2008 manifesto in the states it governed.

    "Can the rakyat expect them to fulfil even more promises they are now making?

    "The people are much cleverer... It is going to be a case of once bitten, twice shy," Zambry said

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...