Wednesday, February 6, 2013

Karnival Kerjaya SPA boleh dijadikan pusat sehenti pelajar cari kerja

Posted by Smookiekins On 2/06/2013 10:03:00 PM
Penganjuran karnival kerjaya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia boleh dijadikan sebagai pusat sehenti untuk membantu golongan pelajar mahu pun pencari kerja mendapatkan maklumat pekerjaan secara terus.

Timbalan Pengerusi SPA, Dato’ Segarajah Ratnalingam, berkata peluang karnival seumpama ini hendaklah dimanfaatkan memandangkan ia bukan sahaja dapat memenuhi objektif tetapi memberikan kebaikan kepada semua pihak.

Ini kerana, katanya, mereka yang mempunyai kelayakan bersesuaian dengan kompetensi serta kelulusan boleh berhubung terus dengan agensi-agensi yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan untuk diisi.

“Sebagai contoh dalam karnival ini, kita berjaya mengumpulkan sebanyak lima agensi yang menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti SPA Negeri Sabah, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Tenaga Kerja,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya SPA di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi SPA Negeri Sabah, Datuk Claudius Roman dan Setiausaha Bahagian SPA di Urusetia Cawangan Sabah iaitu Musa Sulaiman.

“Mengikuti statistik pendaftaran permohonan dan pelantikan di negeri ini termasuk Sandakan untuk tahun 2012 … pendaftaran pekerjaaan untuk seluruh Sabah saja adalah sejumlah 100,824 orang di mana lantikan 4,595 orang.

“Pendaftaran untuk Sandakan pula adalah 9,567 manakala lantikan 379,” kata Segarajah.
Beliau menambah adalah menjadi misi suruhanjaya untuk mendapatkan bakat terbaik (Best Talent) bagi mengisi perjawatan dalam perkhidmatan awam.

Sehubungan itu, dia amat berkeyakinan bahawa di negeri ini khususnya Sandakan memiliki bakat-bakat terbaik yang boleh diketengahkan untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam sekali gus memberi sumbangan yang berharga kepada negara.

Katanya, penganjuran kerjaya SPA mempunyai impak yang signifikan selari dengan peredaran semasa memandangkan orang awam kini mahu mendapatkan perkhidmatan atau maklumat secara mudah, cepat dan tepat.

“Karnival kerjaya SPA di Sandakan ini merupakan program kerjaya yang pertama di negeri ini bagi tahun 2013. Pemilihan bandar ini sebagai destinasi pertama penganjuran adalah bertitik-tolak daripada iltizam suruhanjaya untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan mendekati masyarakat tanpa mengira batasan negeri, wilayah, kaum atau agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, calon yang memiliki kelayakan minimum bagi sesuatu jawatan boleh memohon jawatan walaupun memiliki kelayakan yang lebh tinggi.

Sehingga kini, katanya lagi, seramai 72,364 calon yang memiliki Ijazah telah memohon jawatan yang berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau juga memberitahu kemudahan secara online telah dikaji secara keseluruhannya di mana pada masa kini, borang SPA8i telah pun berwajah baru dan lebih mesra pengguna dengan keistimewaan seperti berikut.
“Pemohon boleh memohon bilangan jawatan tanpa had berdasarkan keyakanan yang dimiliki. Tempoh sah laku pendaftaran lima tahun, paparan automatik keputusan SPM tahun 2000 dan ke atas.
“Pemohon boleh memasukkan lebih banyak maklumat sebagai contoh dalam medan sukan dan bakat … maklumat akademik serta kelayakan profesional di samping pemohon boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa.


“Sementara untuk pegawai yang belum sah jawatan boleh memohon jawatan lain. SPA juga telah membenarkan calon yang belum disahkan dalam perkhidmatan untuk memohon jawatan lain,” kata Segarajah.

Justeru itu, katanya, sesi interaksi yang diadakan pada karnival berkenaan membolehkan pihak SPA mendapatkan maklumbalas dan pandangan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan suruhanjaya terutama pelaksanaan urusan pengambilan, perkhidmatan, naik pangkat dan tatatertib.


Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang karnival berlangsung antaranya pendaftaran online dan semakan online bagi pemohon pekerjaan sektor awam, seminar, taklimat kerjaya dan tips temuduga untuk membantu pengunjung yang berminat menyertai sektor perkhidmatan awam.


Sumber: New Sabah Times


17 comments:

  1. Sebanyak 100,824 pencari kerja di Sabah mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tahun lepas bagi menyertai sektor perkhidmatan awam.

    ReplyDelete
  2. Timbalan Pengerusi SPA Datuk Segarajah Ratnalingam berkata jumlah itu termasuk 9,567 pemohon dari Sandakan.

    ReplyDelete
  3. Daripada jumlah keseluruhan itu, 4,595 mendapat lantikan termasuk 379 pemohon dari daerah ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Interaksi dan Karnival Kerjaya anjuran SPA

    ReplyDelete
  4. lantikan itu meliputi pelbagai jawatan yang ditawarkan SPA membabitkan beberapa kementerian dan jabatan kerajaan.

    ReplyDelete
  5. selari dengan pelaksanaan transformasi kerajaan, suruhanjaya itu melaksanakan Transformasi SPA tanpa melibatkan pertambahan peruntukan kewangan, perjawatan dan pindaan undang-undang

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Sabah memperuntukkan sekitar RM300 juta dalam Bajet Negeri 2013 bagi melaksanakan pelbagai program termasuk latihan dan kemahiran untuk golongan belia di negeri ini.

    ReplyDelete
  7. antara kementerian yang menerima peruntukan untuk tujuan itu ialah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

    ReplyDelete
  8. semua peruntukan itu bertujuan untuk membantu golongan belia di Sabah termasuk melaksanakan pelbagai latihan dan kemahiran.

    ReplyDelete
  9. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri benar-benar prihatin terhadap apa sahaja keperluan dan kepentingan belia di negeri ini.

    ReplyDelete
  10. Kita sebagai pemimpin sedar akan pentingnya peranan belia, oleh itu kita sentiasa memberi sokongan kepada golongan itu kerana orang muda adalah pewaris kepimpinan negara akan datang

    ReplyDelete
  11. dalam Bajet Negara 2013, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut memberi faedah kepada golongan belia termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0).

    ReplyDelete
  12. Kita amat bertuah kerana mempunyai pemimpin nombor satu negara iaitu Perdana Menteri yang amat peka dan sedar akan keperluan belia.

    ReplyDelete
  13. Apabila Pemuda dan Puteri menyuarakan keperluan belia supaya turut diberikan BR1M, PM bukan sahaja meneruskan pemberian bantuan itu tetapi meluaskannya kepada golongan bujang. Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin kita amat prihatin terhadap keperluan golongan belia di negara ini

    ReplyDelete
  14. sebelum ini BR1M 1.0 hanya diberikan kepada ketua isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 tetapi kini meluaskan pemberian bantuan itu kepada golongan bujang.

    ReplyDelete
  15. Inilah kerajaan BN yang sentiasa peka dan sedar tanggungjawab kepada rakyat, tidak seperti pihak pembangkang

    ReplyDelete
  16. Oleh itu jangan kita terperangkap dan terpedaya oleh parti pembangkang atau anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, yang hanya pandai berjanji tetapi tidak pernah menunaikan janji mereka

    ReplyDelete
  17. moga peluang pekerjaan akan lebih byk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...