Wednesday, February 13, 2013

Cara tingkatkan metabolisme

Posted by Smookiekins On 2/13/2013 03:39:00 PM
Apakah metabolisme????

Metablisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan. Metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori dibakar untuk menngekalkan fungsi tubuh yang asas.

Tubuh sebenarnya membakar kalori setiap masa, bukan saja ketika bersenam, malah semasa melakukan aktiviti lain termasuk berjalan, kerja, tidur, menonton mahu pun membeli belah. 

Metabolisme juga dikenali sebagai jumlah kalori dibakar untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti ternasuk proses pernafasan dan sistem badan memerlukan tenaga atau sumber kalori.

Perkara yang mempengaruhi metabolisme???

Metabolisme berhubungan dengan berat badan, namun bukan penyebabkan pertambahan berat badan. Antara faktor mempengaruhi kadar penurunan atau peningkatan metabolisme dalam tubuh adalah komposisi badan kerana individu yang mempunyai otot berlebihan dapat membakar kalori lebih walaupun dua individu memiliki berat badan sama.

Faktor genetik turut memainkan peranan mempengaruhi proses pembakaran lemak. Untuk merangsang kadar pembakaran lemak dan penghasilan tenaga dalam tubuh, amalan rutin sihat dan kecergasan mampu memberi faedah kepada tubuh manusia.

Cara tingkatkan metabolisme???

Ia adalah mekanisme yang menukarkan makanan kepada sumber tenaga dan memberi sumber tenaga kepada badan. Sekiranya metabolisme meningkat, badan boleh membakar lebih banyak kalori dengan cepat walaupun anda hanya duduk ataupun tidur.

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkat kadar metabolisme dalam tubuh secara sihat:

1. Bersenam. Apabila bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda akan meningkatkan kadar metabolisme dalam tempoh 24 jam berikutnya.

2. Membina otot. Lebih banyak otot, lagi tinggi kalori terbakar. Biarpun diet rendah protein akan menyebabkan kehilangan otot, tetapi anda boleh mendapatkan otot dan mengurangkan lemak dalam tubuh dengan mengamalkan pengambilan serat protein tinggi. 

3.Vitamin tambahan. Vitamin C juga penting kerana ia adalah rakan baik dengan kalsium dalam peningkatan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme, manakala Vitamin C mebantu tubuh dalam penyerapan mineral.

4. Makanan tidak terlalu berat secara berulangan. Pastikan tubuh mendapat 800 kalori setiap hari untuk mengekalkan kecerdasan.

5. Mengamalkan diet sihat. Pastikan anda mendapatkan protein optimum untuk mengekalkan otot baik. 

6. Bersantai dan berehat. Badan sudah bekerja keras untuk memastikan suhu tubuh mencapai ke tahap yang diperlukan. Oleh itu, anda boleh meminum air sejuk atau ais bagi membantu meningkatkan metabolisme.

7. Tidur cukup. Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam atau lapan jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme sihat.

8. Hindari tekanan. Kortisol adalah hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya dalam situasi tekanan tinggi jika anda mengalami gangguan emosi.

9. Kesan matahari. Sinar matahari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukan menghabiskan masa lama dalam persekitaran tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi sama seperti anda tidur atau menambahkan berat badan. 

10. Makanan pedas. Sekiranya anda gemarkan makanan pedas dan bercili, ini berita baik kerana ia mampu membakar kalori sejurus 30 minit selepas makanan.

11. Kesegaran teh hijau. Gantikan kopi atau teh tarik kerana teh itu diperkayakan dengan polifenol bertindak meningkatkan kadar metabolisme.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)

Reactions:

12 comments:

  1. info yang amat berguna.

    ReplyDelete
  2. METABOLISME berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman dan peredaran darah.

    ReplyDelete
  3. Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.

    ReplyDelete
  4. Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang dilakukan oleh seseorang individu tersebut

    ReplyDelete
  5. Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai metabolisme yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  6. Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.

    ReplyDelete
  7. Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu Bersenam, Bersarapan pagi, Makan dengan lebih kerap, Minum air, Minum teh hijau dan Mendapat rehat yang secukupnya

    ReplyDelete
  8. Anda perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda supaya hasilnya, berat badan akan turun, anda semakin cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

    ReplyDelete
  9. Bagi anda yang mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi lebih perlahan.Metabolisme merupakan istilah yang menggambarkan tentang semua reaksi kimia dalam mempertahankan keadaan hidup sel-sel pada organisme yang sangat erat dengan gizi dan juga ketersediaan nutrisi.

    ReplyDelete
  10. Dalam hal ini nutrisi merupakan kunci untuk metabolisme dalam menghasilkan energi, sementara energi itu merupakan hal yang paling utama dibutuhkan oleh tubuh dalam melakukan sintesis protein, asam nukleat, baik DNA dan RNA.

    ReplyDelete
  11. metabolisme tubuh pada manusia sering juga dikaitkan dalam proses pembentukan dan pengeluaran zat-zat dalam tubuh, dimana ketika metabolisme bekerja dengan baik, sehingga dapat meningkatkan proses pembakaran timbunan lemak dan hal ini merupakan salah satu upaya yang dapat dilakukan untuk menurunkan berat badan secara efektif.

    ReplyDelete
  12. Berbagai cara yang dapat dilakukan untuk meningkatkan metabolisme tubuh yang sekaligus secara efektif dapat menurunkan berat badan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...