Wednesday, February 13, 2013

Rakyat negara ini beruntung

Posted by Smookiekins On 2/13/2013 03:49:00 PM

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

Dalam hubungan ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang terlalu samar.

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.

“Sebagai Menteri Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari sebelumnya.

“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu tumbang,” katanya.

“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Kerajaan yang baru mereka pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam ketakutan,” tegasnya.

Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.

Pada Majlis itu Anifah dan Wakil Rakyat Membakut, Datuk Haji Mohd Arifin Arif masing-masing menyampaikan sumbangan RM20 ribu untuk pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yin Membakut.

Pada masa yang sama Anifah dan Arifin menyerahkan dan menyampaikan kunci rumah PPRT kepada dua orang penerima kaum Tionghua.

Hadir sama pada Majlis itu Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi, Setiausaha Politik Menteri Luar, Datuk Norhaidi Che Dan, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Hj. Sanudin Ismail, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Kimanis Hj. Jaafar Hj. Ahmad, Ketua Pergerakan Peuda, Mohammad Alimin, Ketua Pergerakan Wanita Hajah Maznah Abd. Gani, Ketua Penerangan Umno BahagianDr. Daud Hj.Yusof dan AJK Umno, AJK Pemuda, AJK Wanita serta Datuk Jihek Basanu.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

13 comments:

  1. kita beruntung menjadi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. isu perebutan kerusi antara parti pembangkang membuktikan mereka tidak dapat bersepakat dan bekerjasama dalam mentadbir kerana tiada persefahaman.

    ReplyDelete
  3. Setiap kali musim PRU, pembangkang akan meletakkan dua atau tiga calon daripada parti berbeza untuk berdepan dengan calon BN dan ia membuktikan mereka tidak bersepakat

    ReplyDelete
  4. pembangkang seperti PAS kebiasaannya berminat untuk bertanding di kawasan majoriti Bumiputera bahkan ia turut diintai satu lagi parti dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat

    ReplyDelete
  5. Di sinilah kedua-dua parti pembangkang itu cuba mengetengahkan kelebihan masing-masing bagi merebut kerusi terbabit seperti yang berlaku pada PRU lalu

    ReplyDelete
  6. perebutan kerusi pada PRU melibatkan parti-parti PR akan menambah kekuatan kepada calon BN berbanding calon PR yang bertelagah sesama sendiri.

    ReplyDelete
  7. pergolakan parti pembangkang khasnya di Semenanjung Malaysia harus dijadikan alasan kukuh kepada rakyat Sabah untuk menolak ideologi parti terbabit.

    ReplyDelete
  8. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. PR gagal menyelesaikan banyak isu rakyat bahkan mereka hanya mendiamkan diri ketika rakyat menagih janji mereka

    ReplyDelete
  9. pemimpin pakatan pembangkang juga sering bercanggah pandangan, tidak bertolak ansur serta gagal mencapai keputusan walaupun dalam perkara kecil

    ReplyDelete
  10. Kalau perkara kecil pun pembangkang tidak dapat selesaikan maka abai-kan sahaja niat mereka mahu mentadbir negara pada suatu hari nanti

    ReplyDelete
  11. BN yang dianggotai parti komponen lain di negera ini telah lama berjaya bekerjasama malahan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.

    ReplyDelete
  12. Pembangkang tiada pengalaman, dikhuatiri timbulkan masalah terhadap perjalanan jentera kerajaan

    ReplyDelete
  13. keupayaan parti pembangkang untuk mentadbir dan menguruskan jentera kerajaan pusat berbanding BN amat diragui.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...