Friday, January 25, 2013

Wasatiyyah harus dibudayakan: Musa

Posted by Smookiekins On 1/25/2013 05:02:00 PM

Amalan ‘Wasatiyyah’ (kesederhanaan) haruslah dibudayakan secara menyeluruh dalam kehidupan seharian kita pada hari ini termasuklah dalam pentadbiran kerajaan di semua peringkat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengatakan konsep yang dicontohi dari Nabi Muhammad SAW semasa mentadbir Madinah dahulu dapat mewujudkan keharmonian yang sekaligus akan membentuk keamanan, kemakmuran dan kemajuan untuk semua.

Beliau menyampaikan ucapannya sempena sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat negeri Sabah 1434H yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ di perkarangan Masjid Negeri Sabah kelmarin.

Konsep ‘Wasatiyyah’ (kesederhanaan) yang dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran kerajaan boleh menyumbang kepada penyatuan umat Islam dan berupaya mengukuhkan perpaduan dengan masyarakat bukan Islam.

“Konsep ini harus dipraktikkan lebih-lebih lagi pada akhir-akhir ini kita sering berhadapan dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang secara terang-terangan cuba memecahbelahkan rakyat melalui tindakan ekstrim atau taksub mereka terhadap fahaman yang diamalkan,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan amat menyedari betapa pentingnya kemakmuran dan kemajuan untuk terus dipelihara kerana ia adalah asas kepada kehidupan yang harmoni.

“Saya yakin dan percaya bahawa majoriti rakyat bukan sahaja menerima dan menghargai pembangunan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan, malah mereka juga bijak menilai perbuatan yang membawa kepada kebaikan atau kemusnahan,” kata Musa.

Musa juga berkata bahawa kerajaan berusaha sedaya-upaya untuk tidak menggalakkan aktiviti-aktiviti tidak sihat berlaku dalam negara ini supaya kerajaan dapat menumpukan kepada usaha-usaha pembangunan yang lebih penting bagi manfaat rakyat.

Di samping itu, Musa juga memanjatkan puji dan syukur pada Allah SWT kerana Perdana Menteri telah selamat menjayakan lawatan dan misi keamanan ke Gaza yang merupakan satu-satunya pemimpin bukan dari kalangan negara Arab yang menjejakkan kaki ke Gaza.

“Sesungguhnya ini membuktikan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen berterusan kita, khususnya Perdana Menteri kita dalam usaha-usaha dan perjuangan menjamin keamanan dan kesejahteraan umat Islam sejagat.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

4 comments:

  1. Amalan ini bukan saja perlu di kalangan pemimpin malah seluruh rakyat di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Rakyat sama-samalah memberi kerjasama untuk terus mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.

    ReplyDelete
  3. setiap kita hars bersikap wasatiyyah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...