Sunday, January 13, 2013

Sokongan rakyat penting untuk laksnakan rancangan kerajaan

Posted by Smookiekins On 1/13/2013 04:42:00 PM

Sokongan padu yang diberikan oleh rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional amat penting kerana ini memastikan supaya segala perancangan yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak rakyat.

“Melalui sokongan padu rakyat kepada kerajaan, rakyat akan terus menerima limpahan pembangunan di setiap kawasan,” kata Ahli Parlimen Libaran merangkap Timbalan Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Juslie KK Ajirol ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Rancangan Luboh di sini kelmarin dulu.

Kawasan luar bandar kini telah jauh berubah dibawah Kerajaan Barisan Nasional kerajaan BN memerintah.

Kemudahan asas seperi bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya telah dibangunkan secara berperingkat dan banyak kemudahan itu telah dinikmati oleh rakyat, tambahnya.

Beliau meminta rakyat agar terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN secara berterusan demi kesinambungan pembangunan.

Rakyat jangan mudah tertipu dan terpengaruh dengan pihak pembangkang yang mengatakan tiada projek pembangunan dilakukan oleh kerajaan selama memerintah.

Kerajaan BN telah banyak mengotakan janji kepada rakyat termasuklah membangunkan kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan dari arus pembangunan sekian lama, kata Juslie.

Beliau berkata pembangkang hanya tahu bercakap bohong dan menabur fitnah terhadap Kerajaan BN kepada rakyat.

Justeru, Juslie menasihati rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata pembangkang yang hanya memutar belit fakta dan bercakap kosong.

“Rakyat perlu sedar dimana hanya kerajaan BN sahaja yang secara berterusan membantu rakyat dan menyediakan pelbagai projek pembangunan untuk kepentingan rakyat”, katanya.

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris, Setiausaha Umno Bahagian Libaran Datuk Haji Basrah Abdul Rahman, para kepimpin BN kawasan berkenaan dan penduduk setempat.



Sumber: New Sabah Times

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...