Tuesday, January 15, 2013

Penerima PBR bersyukur kerajaan tunai janji

Posted by Smookiekins On 1/15/2013 02:53:00 PM
Hanya ucapan syukur dan terima kasih mampu diluahkan penerima Program Bantuan Rumah (PBR) atas keprihatinan kerajaan menyediakan kediaman yang selesa kepada rakyat berpendapatan rendah.

Pnerima-penerima merasakan bantuan tu amat berharga selain membuktikan kerajaan BN benar-benar mengambil berat nasib rakyat, terutama mereka yang tidak mampu membina rumah sendiri.

Kerajaan meluluskan RM3.5 juta membina 70 buah rumah PBR di Putatan pada tahun lalu. Berdasarkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin, semua rumah terbabit sudah siap dan diduduki pemerimanya.

Pada mulanya sebanyak 20 rumah diluluskan di Putatan tetapi kerajaan bermurah hati menambah 50 rumah lagi supaya lebih ramai rakyat miskin dan berpendapatan rendah dapat dibantu.

Kerajaan mahu semua rakyat yang layak dibantu mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan. 

Menurut beliau, kerajaan turut meluluskan pembinaan 1,120 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Ketiau dan Meruntum untuk kemudahan penduduk berpendapatan rendah di sekitar Putatan.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)

Reactions:

4 comments:

  1. Sekarang ni pun sudah banyak bantuan yang berkonsepkan 1Malaysia.rakyat manfaatkan sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Lebih selamat dirikan rumah di daratan berbanding dengan di laut.

    ReplyDelete
  3. Harap tiada projek PBR yang tertangguh2.

    ReplyDelete
  4. kerajaan mmg prihatian hal ehwal rakyat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...