Monday, January 14, 2013

Konsep pemerintahan BN terbaik

Posted by Smookiekins On 1/14/2013 04:35:00 PM


Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata konsep pemerintahan parti Barisan Nasional (BN) adalah paling terbaik kerana keprihatinannya dalam memastikan rakyat terus terbela.

Menurut beliau, biarpun rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi pimpinan BN akan sentiasa berusaha terutama dalam aspek pendidikan apabila bermacam bentuk inisiatif dan bantuan disediakan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.

Beliau berkata, usaha secara berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan yang telah lama dilakukan menjadi petanda betapa prihatin kerajaan hari sentiasa memastikan kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.

Katanya, sebagai contoh pemberian bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar di seluruh negeri memberikan makna mendalam akan komitmen kerajaan terhadap masa depan pembelajaran anak-anak.

“Pemberian beg sekolah adalah bagi memberi satu semangat kepada anak- anak untuk pergi ke sekolah khususnya kepada anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.

“Kita sentiasa prihatin dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan maka sebab itu bila tibanya musim persekolahan di awal tahun, kita akan memberikan bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar terutama di kawasan saya iaitu Tanjung Papat.

“Saya gembira sewaktu menyampaikan bantuan tadi kerana anak-anak yang menerima bantuan beg sekolah ini adalah merupakan aset terpenting terhadap pembangunan negara,” ujarnya.

Raymond berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada Seramai 816 Pelajar-Pelajar di Kawasan Tanjung Papat yang berlangsung di Dewan SJK (C) Chi Wah, dekat sini, kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, golongan ibubapa perlu memastikan anak-anak cemerlang dalam pembelajaran dan tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai penjaga.

Ini kerana, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan kejayaan anak-anak memandangkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang memerlukan gandingan kerjasama.

“Untuk mencapai sebuah negara yang maju, kita memerlukan anak-anak yang lengkap dengan ilmu pengetahuan … sebab itu, kerajaan menyediakan macam-macam bantuan adalah bagi memastikan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik iaitu selari dengan tuntutan global.

“Justeru, ibubapa memainkan peranan penting memandangkan proses awal pendidikan adalah bermula dari rumah.

“Kejayaan memberikan didikan yang sempurna pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang apabila melangkah ke sekolah nanti,” kata Raymond yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat itu.


Sumber: New Sabah Times


Reactions:

5 comments:

  1. Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di negara ini dan ianya diberikan secara berterusan dan pelbagai bantuan telah diberikan oleh kerjaaan selama ini untuk memantu meringankan ibu bapa dan pelajar antaranya melalui Kumpuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Makanan Tambahan Seimbang.

    ReplyDelete
  2. Melalui bantuan yang diberikan kerajaan itu, ianya diharap akan dapat membantu meringankan sedikit beban di kalangan ibu bapa terutamanya bagi membayai perbelajaan bagi persiapan untuk sesi persekolahan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Kita amat berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diatasi pemberian bantuan kewangan itu, ianya bukti jelas kerajaan BN sentiasa prihatian dan mengambil berat kebajikan ibu bapa dan pelajar.

    ReplyDelete
  4. Bantuan tersebut merupakan bantuan ikhlas kerajaan BN untuk membantu meringankan bebenan ibu bapa terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dan bukannya ‘umpan’ pilihan raya.

    ReplyDelete
  5. pemerintahan BN adalah terbaik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...