Thursday, January 17, 2013

Keistimewaan hutan Ngarai Imbak di Sabah

Posted by Smookiekins On 1/17/2013 03:49:00 PM
Ngarai Imbak yanng terletak di sebuah kawasan hutan hujan tanah rendah di tengah-tengah negeri Sabah, yang juga di dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu. Suasana di kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak (ICCA) sungguh damai dan mempersonakan dengan sifat hutan semula jadi yang dimilikinya. Kawasan hutan yang masih tidak terusik keasliannya ini.

Kawasan hutan itu diuruskan oleh Yayasan Sabah. Ngarai Imbak adalah tapak warisan yang tidak ternilai harganya dan dijadikan Kawasan Pemuliharaan Hutan pada tahun 2010. Yayasan Sabah memajukan ICCA sebagai sebuah kawasan pemuliharaan pada 2003 bagi tujuan penyelidikan.

Keistimewaan Ngarai Imbak

  • 50 spesies tumbuhan ubat-ubatan
  • 28 spesies orkid
  • sebuah lembah sepanjang 25km yang dikelilingi cenuram batu pasir lebih 3,700 kaki tinggi.
  • Dikenali sebagai bank benih genetik.
  • Mempunyai lebih 317 spesies tumbuh-tumbuhan dan 32 daripada hanya boleh didapati di Borneo serta 6 lagi hanya terdapat di Sabah.
  • Habitat kepada 6 spesies prima iaitu ungka Borneo, monyet daun merah, monyet Langur, beruk ekor panjang, monyet Proboscis dan monyet ekor babi.

Ungka Borneo
Monyet Daun Merah
Monyet Langur

Beruk Ekor Panjang
Monyet Proboscis
Monyet Ekor Babi

Ditulis Oleh Smookiekins (Admin)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...