Wednesday, January 2, 2013

Golongan muda harus elakan diri daripada muflis

Posted by Smookiekins On 1/02/2013 02:24:00 PM
Rekod Jabatan Insolvensi menunjukan ramai diisytiharkan muflis termasuk golongan muda di M'sia akibat kegagalan membayar balik hutang. Statistik menunjukkan sebanyak 243,823 dilaporkan di antara 2005 - Jun 2012.

  • Pinjaman kereta 25%
  • Pinjaman peribadi 13%
  • Pinjaman rumah 13%
  • Pinjaman perniagaan 12%
  • Hutang kad kredit 5%
  • Penjamin sosial 5%
  • Penjamin korporat 5%
  • Hutang cukai pendapatan 1%

Kira-kira 50,000 orang muda usia bawah 34 tahun diisytiharkan muflis di M'sia dalam tempoh lima tahun lalu. Selain dibeban hutang di atas, mereka turut menjadi mangsa penipuan disebabkan penggunaan butir peribadi mereka oleh peminjam tidak dikenali.


Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pelbagai pihak terdapat beberapa tindakan yang menyebabkan seseorang itu muflis:

  • Menggunakan kad kredit secara tidak terancang. Berbelanja melebihi kemampuan untuk membayar balik semua hutang. Menangguh pembayaran bulanan kad kredit walaupun serendah 5% boleh menyebabkan hutang meningkat berlipat ganda sehingga mencapai 20% setahun.
  • Sikap gemar menukar kenderaan walaupun belum tamat tempoh pembayaran balik. Contoh: tempoh pinjaman lima tahun tetapi telah menukarkan kereta dalam tempoh tiga tahun.
  • Jumlah pembayaran balik bulanan bagi semua pinjaman melebihi 40% daripada pendapatan kasar menyebabkan anda terbeban dengan hutang.
  • Tidak mempunyai perancangan kewangan secara jangka panjang.


Pakar-pakar pengurusan kewangan memberi beberapa panduan dan nasihat untuk menghindari muflis iaitu:

  • Memperuntukan 15% daripada gaji bulanan untuk tujuan membayar hutang.
  • Membuat simpadan seperti amanah saham dan simpanan tetap sebanyak 10% pendapatan setiap bulan.
  • Berbelanja secara berhemah mengikut keperluan dan bukan kemahuan.
  • Berhati-hati membuat keputusan apabila berhasrat memohon kad kredit  dan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Pastikan anda boleh membayar jumlah yang ditetapkan pada setiap bulan.
  • Mengikut seminar atau program pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh Bank Negara, bank-bank komersial, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari semasa ke semasa.
  • Merekodkan semua hutang supaya tidak terlupa membayarnya pada masa yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan faedah pinjaman.

Written by Smookiekins


5 comments:

  1. ktia harus bijak mengawal perbelanjaan, pengurusan kewangan kena sistematik.

    ReplyDelete
  2. Jangan terlalu bergantung dengan pinjaman untuk kelihatan hidup mewah. nanti akhirnya diri sendiri yang menanggung beban.

    ReplyDelete
  3. Tidak salah untuk buat pinjaman asalkan berpada-pada dan tahu mengurus perbelanjaan sendiri. Dalam pinjaman untuk perniagaan, kena pastikan input yang diperolehi nanti adalah lebih banyak dari output.

    ReplyDelete
  4. Berhati-hati dalam merancang kewangan masing-masing

    ReplyDelete
  5. Pengurusan dan perancangan sangat penting untuk mengimbangi segala hutang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...