Thursday, January 10, 2013

BN bangkit sebagai parti kuat dan kukuh

Posted by Smookiekins On 1/10/2013 04:01:00 PM

Selepas melalui apa yang dikatakan “tsunami politik” pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.

“Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.

“Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun,” katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini malam Selasa.

Katanya, jika dulu Malaysia menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin meningkat.

“Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk,” katanya.

Berucap di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.

Katanya, ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.

“Banyak negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah ruah, ini adalah kenyataan.

“Jadi apa sebab nak tukar kerajaan kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan, mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.

“Tetapi di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera, jadi apa sebab mahu tukar kerajaan,” katanya.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum.

Turut hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

11 comments:

  1. There is no question of the state government turning its back on the native people of Sabah.

    ReplyDelete
  2. Bear in mind that the Barisan National (BN) government is led by native Sabahans, and issues concerning the well being of the native people of Sabah are high on our agend

    ReplyDelete
  3. the state government's recent directive to the Forest Department to stop the re-delineation of the forest reserve boundary in areas where the delineation had encompassed areas claimed by the local community as their native customary land.

    ReplyDelete
  4. Sabahans know that it was only through Umno and the Barisan Nasional (BN) that Sabah could enjoy continued development and their interests looked after.

    ReplyDelete
  5. the most important agenda of the government was the National Transformation Programme.

    ReplyDelete
  6. many successes have been achieved by the BN government

    ReplyDelete
  7. federal government was aware that Sabah needed more roads, electricity supply, houses and various other facilities.

    ReplyDelete
  8. all these could be delivered by the BN which was in line with its" Janji Ditepati" pledge to fulfill the needs of the people wherever they were.

    ReplyDelete
  9. good relationship between the federal government and the Sabah government was a further boon for efforts to develop the state.

    ReplyDelete
  10. development in Sabah would be at the same pace as states in Peninsular Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...