Thursday, January 10, 2013

Masih tidak selamat untuk makan kerang

Posted by Smookiekins On 1/10/2013 03:57:00 PM

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jenis kerang.

Ini termasuk lokan, tiram, kepah, dan semua jenis-jenis kerang.

Pengarah Jabatan Perikanan, Rayner Stuel Galid dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Christina Rundi ketika mengeluarkan amaran itu dalam kenyataan mengenai air merah berkata orang ramai hendaklah menghindarkan diri dari memakan semua jenis kerang atau mengutip serta mahu menjualnya kepada orang ramai untuk dimakan.

Dari analisas toksin air merah dalam kerang masih berlaku hasil dari kajian yang dibuat oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Perikanan di Likas di sini.

Beliau berkata sesetengah kerang yang diuji itu dikutip di beberapa tempat Putatan, Papar dan Tuaran masih yang menunjukkan toksin yang tinggi berdasarkan kiraan Unit Mouse (MU) dan ada antaranya mencecah sehingga 6,900 MU di Putatan.

Bagi kawasan Papar 4,000 MU dan 3,000 MU di Tuaran yang masih dianggap mempunyai toksik yang tinggi.

Hasil ujian yang paling rendah ialah 400 MU masih berbahaya untuk dimakan.

Fenomena air merah berlaku di Sabah sejak beberapa tahun lalu sehingga membuatkan kerang mempunyai toksik sehingga 11,000 MU dan keadaan air merah ini dijangka akan terus berlaku sehingga bulan Jun.

Toksik yang paling tinggi dilaporkan pada Mac.

Rayner dan Dr Christina menegaskan hanya Jabatan Perikanan saja yang dapat mengesan kehadirian toksin dalam kerang melalui ujian di makmal.

Mereka berkata orang biasa tidak dapat memberitahu sama ada kerang itu mempunyai toksik atau tidak kerana ia tidak boleh dilihat, dicium atau dirasa kerana toksin dalam kerang-kerang ini juga tidak boleh dicuci atau dibuang menggunakan perisa makanan atau dimasak.

Sementara itu, Dr Christina berkata tanda-tanda awal keracunan kerang akibat air merah termasuklah rasa kebas di bibir dan lidah dalam beberapa minit selepas memakan kerang beracun dan ada yang memakan masa satu atau dua jam yang akan mengakibatkan rasa sakit yang membuatkan rasa badan merasa kebas terutama bahagian tangan ddan kaki diikuti sukar untuk bernafas.

Beliau berkata sesiapa juga yang mempunyai tanda-tanda seperti ini perlu segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan.

“Kelewatan untuk mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan kematian,” katanya.

Jenis hidupan laut yang dianggap selamat untuk dimakan-semua jenis udang dan ketam serta ikan laut dalam seperti tenggiri.

Bagaimanapun para pengguna perlu membuang bahagian perut dan insang sebelum memakan ikan dan perlu dibasuh dengan bersih.


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

3 comments:

  1. jgn makan kerang buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  2. Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.

    ReplyDelete
  3. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...