Saturday, December 15, 2012

Rakyat perlu maklumat tepat elak keliru

Posted by Smookiekins On 12/15/2012 10:32:00 AM
Rakyat perlu diberikan maklumat yang tepat bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang kekeliruan mengenai dengan dasar kerajaan yang sebenarnya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin, berkata, sebarang maklumat yang salah boleh mewujudkan persepsi berbeza terhadap apa sahaja niat baik kerajaan.

“Penyampaian maklumat yang salah boleh mewujudkan persepsi serta spekulasi yang negatif di kalangan rakyat sedangkan ianya hanya ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik pihak tidak bertanggungjawab.

“Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajiban setiap kakitangan agensi kerajaan bagi memastikan segala maklumat terpesong di luar sana diperjelaskan dengan sebaik yang mungkin,” tegas beliau.

Ellron berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam Majlis Bersama Agensi Kerajaan Anjuran Kemas Nabawan yang diadakan di Dewan Komuniti Pagalungan Ansip semalam.

Sementara itu beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bahagian Sook menambah salah satu kekeliruan yang jelas berlaku pada masa kini ialah berkaitan dengan isu Geran Komunal.

“Geran Komunal, misalnya, telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Geran ini sama dengan geran NT, di mana, ia boleh diwarisi dan dipegang selamanya oleh rakyat.

“Bukanlah seperti apa yang telah dinyatakan oleh pihak tertentu kononnya ia bertujuan untuk menindas rakyat. Isu ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk rakyat yang telah diputarbelitkan,” jelas beliau.

Justeru, Ellron menyeru kepada rakyat agar melahirkan semangat ‘Suka Bertanya’ jika timbul kekeliruan yang boleh memporak perandakan keadaan yang sudah sedia aman dan damai.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Kemas Nabawan atas usaha yang berterusan selama ini untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat dalam kawasan Sook.

Beliau turut menggesa agar usaha sedemikian bukan sahaja diteruskan oleh Kemas, malahan menjadi satu contoh yang baik kepada jabatan-jabatan lain untuk dipraktikkan demi keharmonian masyarakat dan Negara.


Sumber: New Sabah Times

7 comments:

  1. Para penjawat awam juga pengamal media tempatan mempunyai peranan untuk membantu kerajaan sampaikan maklumat dengan betul kepada rakyat yang lain.

    ReplyDelete
  2. kalau bergantung dengan maklumat2 internet, tidak juga boleh digunakan 100% sebab ada yang berikap bias.

    ReplyDelete
  3. maklumat yang tepat memang penting untuk elakan kekeliruan

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang meragukan akan menghasilkan maklumat yang salah

    ReplyDelete
  5. berikanlah maklumat tepat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. The Umno and Barisan Nasional (BN) information machinery need to be intensified including creating cyber troopers to counter the opposition's slander against the party and ruling coalition through the social media. Umno vice-president Dr Ahmad Zahid Hamidi said the opposition was using the social media to attack and make wild accusations against Umno and BN in order to poison the people's minds. Therefore, Umno and BN need to get close to the social media users so that the issues can be clearly explained and the lies countered.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ahmad Zahid who is also Defence Minister, said clear and accurate explanation was necessary as about 17 million of the country's 28 million population were more inclined to obtain information from the social media than mainstream media. I believe Umno and BN Youth can do this and there is already a small group of their cyber troopers now. I thank them for what they have done but we need more cyber troopers. Ahmad Zahid said Prime Minister Najib Tun Razak himself had taken the initiative to answer to issues and questions raised through the social media.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...