Sunday, December 30, 2012

Klinik 1Malaysia beri manfaat kepada rakyat

Posted by Smookiekins On 12/30/2012 01:55:00 PM
Dulu pesakit terpaksa menunggu lama hanya untuk mendapat rawatan sakit ringan, selain ada yang datang dari jauh untuk ke hospital atau klinik kesihatan. 

Demkian antara kesukaran dihadapi masyarakat apabila klinik kesihatan atau hospital yang dikunjungi menjadi tumpuan ramai, sedangkan rawatan yang diperlukan hanya untuk sakit ringan seperti deman, batuk dan selsema.

Bagaimanapun rakyat di Sabah khususnya di sekitar Kota Kinabalu, kini mempunyai pilihan mendapat rawatan bagi penyakit ringan menerusi kewujudan Klinik 1M'sia.

Usaha kerajaan membuka klinik ini bertepatan bagi membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. Rakyat sememangnya mengalu-alukan usaha seperti ini.

Bermula di Sulaman Sentral yang beroperasi sejak November 2011, disusuli Klinik 1M'sia di Darau dan terkini di Likas, klinik itu hanya mengenakan bayaran RM1 kepada pesakit.

Rakyat Sabah gembira apabila kerajaan melaksanakan inisiatif itu dan menyokong usaha membina lebih banyak Klinik 1Msia di Sabah, termasuk di kawasan bandar.

Walaupun di Likas ada Klinik Kesihatan, kadang-kala ia tidak mampu menampung kehadiran penduduk setempat. Sekurangnya-kurangnya bagi mereka yang demam, batuk dan selsema tanpa memerlukan rawatan rapi, boleh mendapatkan kidmat di klinik berkenaan tanpa perlu menunggu lama.

Usaha kerajaan mewujudkan Klinik 1M'sia di Likas membuktikan kesungguhan menangani masalah dihadapi penduduk di pinggir bandar dan luar bandar untuk mendapatkan rawatan dengan bayaran hanya RM1.

Klinik 1M'sia Likas beroperasi sejak Oktober lalu dengan purata 50 pesakit sehari. Klinik ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum mulai jam 10 pagi sehingga 10 malam dan dikendali seorang penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih dan pembantu perawatan kesihatan.

Kerajaan menyediakan kemudahan Klinik 1M'sia untuk membantu masyarakat yang tidak mempunyai pendapatan besar termasuk warga tua dan orang miskin


Written by Smookiekins

Reactions:

19 comments:

  1. Beri manfaat yang banyak.

    ReplyDelete
  2. This is a good way to make people appreciate the government effort.

    ReplyDelete
  3. In fact that's how it works.

    ReplyDelete
  4. Klinik 1M merupakan satu kaedah yang baik.

    ReplyDelete
  5. Ini dpt meringankan beban rakyat.

    ReplyDelete
  6. And it can reduce the burden of the poor too.

    ReplyDelete
  7. Memang senang untuk klinik.

    ReplyDelete
  8. Biarkan yang lain.

    ReplyDelete
  9. Klinik Bergerak Bot 1Malaysia di sepanjang Sungai Kinabatangan dijangka mula beroperasi Disember ini.

    ReplyDelete
  10. dianggarkan lebih 22,000 penduduk dari 44 buah kampung di kawasan itu akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan itu.

    ReplyDelete
  11. Pengwujudan perkhidmatan Klinik Bergerak Bot 1Malaysia itu adalah hasrat besar Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam usaha memperbaiki taraf kesihatan penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Kinabatangan.

    ReplyDelete
  12. Kawasan Sungai Kinabatangan ini meliputi seluas 14,341 kilometer persegi merangkumi dua daerah iaitu Kinabatangan dan Tongod.

    ReplyDelete
  13. penduduk kampung di sepanjang Sungai Kinabatangan yang akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan Klinik Bergerak Bot 1Malaysia ialah Kg.Abai, Kg.Tundun Bohangin, Kg.Sri Ganda, Kg.Bilit, Kg.Mangaris, Kg.Sinar Jaya, Kg.Sungai lokan, Kg.Sangau, Kg,Tidong, Kg.Kulu Kulu, Kg.Balat, Kg.Desa Permai, Kg.Tulang, Kg.Kenang-Kenangan, Kg.Karamuak dan Kg.Imbak.

    ReplyDelete
  14. klinik ini mmg memberi byk manfaat, moga lebih byk ia dibuka.

    ReplyDelete
  15. Lebih banyak klinik 1Msia di Sabah lebih bagus

    ReplyDelete
  16. Keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Sabah dalam menerima rawatan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  17. kenapa klinik 1malaysia di pindahkan ??? klinik 1mlaysia sulaman sentral?? di tukar menjady klinik kesihatan?
    ketika sya ingin memenuhi projek p.am saya saya telah memilih klinik ini tetpi tiada sudah ...saya sungguh terkejut menyebabkan saya terpaksa tukar tajuk di saat 4hary untuk siapkan assigiment :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...