Tuesday, November 20, 2012

Pencapaian UPSR 2012 bagi Sabah meningkat

Posted by Smookiekins On 11/20/2012 12:44:00 PM

Pencapaian pelajar Sabah dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 meningkat dari tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, berkata untuk tahun ini seramai 1,035 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran di seluruh Sabah berbanding 1,018 pada 2011.
Muhiddin membuat pengumuman Keputusan UPSR 2012 Peringkat Negeri itu di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau II untuk pertama kalinya dianjurkan yang menggabungkan empat buah daerah iaitu Tambunan, Keningau, Nabawan dan Tenom.

Menurut beliau prestasi pencapaian keseluruhan dalam semua mata pelajaran bagi tahun 2012 meningkat kepada 8.66 peratus dari 6.91 peratus pada tahun 2011.

Katanya, terdapat sedikit penurunan daripada pencapaian penguasaan A, B, dan C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

”Namun begitu, seramai 1035 calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan A bagi semua mata pelajaran yang diambil meningkat secara keseluruhannya berbanding 1018 calon pada tahun 2011,” katanya.

Beliau berkata pencapaian UPSR bagi daerah di pedalaman Tambunan mencapai peratusan tertinggi dengan pencapaian 55.84 peratus pada tahun ini berbanding dengan 51.41 peratus pada 2011 diikuti dengan Keningau iaitu 53.99 peratus bagi tahun 2012 berbanding 47.73 pada tahun lepas.

Sementara itu, bagi daerah Tenom peratus pencapaian UPSR meningkat kepada 44.2 peratus pada tahun ini berbanding 43.2 peratus pada 2011 diikuti dengan daerah Nabawan iaitu 33.66 peratus pada 2012 dari 29.77 peratus tahun lepas.

Purata keseluruhan bagi keputusan UPSR bagi daerah pedalaman menunjukkan peningkatan pelajar dan ianya amat memberangsangkan.

Beliau berkata, “peningkatan yang di lihat pada tahun ini adalah satu pencapaian yang memuaskan tetapi masih belum mencapai apa yang dihasratkan oleh jabatan.”

“Kita masih berharap pencapaian ini akan terus bertambah dari masa ke semasa dan kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan untuk membimbing anak kita supaya anak kita akan terus cemerlang dalam bidang pendidikan”, jelasnya.

Muhiddin berharap, ibu bapa sentiasa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak mereka dan meminta supaya tidak terlalu kerap untuk membawa anak mereka keluar sehinggakan mengabaikan pelajaran.

Turut hadir, Ketua Sektor SPP JPN Sabah Zaini bin Yanin, Pegawai Pelajaran Daerah Masly Wahip, PPD Tambunan Tuan Haji Kaipin Rosmin, PPD Tenom Ajmal Haji Jumah, PPD Nabawan, Puan Betty Leong. Timbalan PPD, Puan Jamilah Talib


Sumber: New Sabah Times
Reactions:

3 comments:

  1. tahniah pada mereka yang dpt keputusan baik.

    ReplyDelete
  2. Syabas dan tahniah kepada murid2 yang mendapat result cemerlang

    ReplyDelete
  3. diharap keputusan peperiksaan PMR, SPM dan STPM pun meningkatkan juga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...