Tuesday, November 20, 2012

Program SGI 2012 mampu buka peluang pekerjaan di Sabah

Posted by Smookiekins On 11/20/2012 01:02:00 PM

Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat yakin penganjuran program ‘Sabah Got Ideas 2012’ (SGI2012) berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan di Sabah.

Menurut Menterinya, Datuk Dr. Yee Moh Chai, peluang pekerjaan akan terbuka dengan lebih luas apabila para peserta daripada SGI2012 mengkomersialkan produk yang dihasilkan nanti.

“Seperti mana yang telah ditunjukkan pada SGI2011 tahun lalu, para pemenang telah menambahbaik lagi n produk mereka sehingga kini pelbagai produk telah dipasarkan seperti Labu Madu, Mandian 7 Herba dan pelbagai makanan tradisi,” kata Dr. Yee dalam ucapannya ketika merasmikan acara Penutupan dan Pengumuman Pemenang SGI2012, di sini.

Katanya, Kementerian sememangnya menggalakkan golongan muda untuk menyertai program yang bermanfaat seperti ini memandangkan ia secara tidak langsung turut menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri ini.

Dr. Yee turut menyatakan bahawa melalui program seumpama ini, bakat dan idea bernas golongan muda di Sabah dapat dicungkil.

“Seperti yang kita tahu, golongan muda sememangnya suka mencuba sesuatu yang baru dan melalui program ini pihak saya yakin bahawa banyak idea baru yang disumbangkan sangat menarik dan mampu untuk dikomersialkan,” katanya

Memandangkan para peserta mampu menjadi usahawan yang berjaya pada masa hadapan, kerajaan telah menaja keseluruhan pakej hadiah buat pemenang SGI2012, katanya.

Hadiah yang ditawarkan pada SGI2012 ini merupakan Grand Mini Package (Pakej Permulaan Secara Besaran) bernilai RM20,000 kepada enam idea yang terbaik di peringkat akhir.

Selain itu, Mini Startup Package (Pakej Permulaan Mini) bernilai RM5,000 kepada kepada tiga idea yang terbaik di peringkat Daerah (Sandakan, Tawau, Beaufort, Kota Kinabalu dan Ranau).

Keseluruhan pakej hadiah yang disediakan termasuk perkhidmatan bimbingan mentor oleh SATA (Sabah Techpreneur Association) dan MAD Incubator bagi memulakan projek usahawan untuk para pemenang.

Sementara itu, program ini turut menyaksikan produk ‘Simple Garden’ yang dihasilkan oleh Stephanie Yap mendapat tempat pertama, ‘Sulap Tabasan CafĂ©’ hasilan Adrian Trevor F.E Migiu di tempat kedua dan ‘Kulumpang’ yang dihasilkan oleh Joey Nair Baskaran di tempat ketiga.


Sumber: New Sabah Times

3 comments:

  1. moga lebih byk peluang pekerjaan akan dibuka.

    ReplyDelete
  2. Peluang pekerjaan yang ada harus jangan dilepaskan

    ReplyDelete
  3. kalau kehidupan yang bagus, rakyat Sabah perlu lebih berusaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...