Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman mengarahkan Majlis Tindakan
Negeri Sabah (MTNS) supaya kerap turun padang bagi memantau perlaksanaan
pembangunan negeri agar sasaran Bajet 2013 yang baru dibentangkan
menepati matlamatnya.
Katanya, bajet besar sebanyak RM4.088
bilion itu adalah bajet untuk rakyat menikmati tranformasi kehidupan
baharu yang sedang dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional.
Belaiu
berkata demikian pada sidang media ringkasnya selepas menghadiri Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat di Zon Daerah Mengundi Sungai Kayu pada Ahad
yang dihadiri hampir 500 ahli Umno dan penyokong BN Libaran.
Menurut
Ketua Menteri, kerajaan amat teliti dalam merancang pembangunan negeri
supaya semua peringkat dan golongan rakyat sama ada di bandar dan luar
bandar dapat dibangunkan secara realistik dan holistik.
“Kerajaan
bukan sembarangan membelanjakan wang rakyat,kita sudah kaji secara
teliti bagaimana untuk membangunkan negeri dan rakyat kita sebab itu
belanjawan kerajaan negeri untuk 2013 adalah yang terbesar untuk
kepentingan rakyat keseluruhannya,” kata Musa.
Untuk memastikan
segala yang dirancang kerajaan dapat di aplikasi dengan betul dan
berkesan, Musa berkata, beliau telah meminta semua peringkat penjawat
awam yang berkaitan sentiasa memantau dan turun padang memastikan
transformasi pembangunan negeri berada di landasan yang betul
perlaksanaanya.
“Saya sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kerajaan
Negeri, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementeria-kementerian,
presiden-presiden Majlis Perbandaran, Pegawai-pegawai Daerah dan
terutama wakil-wakil rakyat dan Ahli Parlimen turun pada melakukan
pemantauan dan kawalan projek dilaksanakan mengikut klasifikasi kerja
yang tepat,” katanya.
Musa yang juga Menteri Kewangan menegaskan
keupayaan kerajaan negeri mengemukakan bajet terbesar dalam sejarah
pembangunan moden negeri ini menunjukkan keupayaan kerajaan BN negeri
mampu mengawal kewangan negeri dengan masih mengekalkan rizab melebihi
RM3 bilion.
Katanya, walaupun kerajaan akan berbelanja RM4 bilion
lebih namun kewangan negeri tetap kukuh yang membuktikan bahawa kerajaan
negeri pimpinan beliau tetap berhemah dalam membelanjakan wang rakyat.
Malah,
kata Musa dengan kestabilan politik negeri ini, telah menambahkan
keyakinan pelabur luar dan dalam negeri untuk melabur di negeri ini.
Kerajaan katanya akan terus mempelawa pelabur untuk datang dengan penyediaan prasarana yang baik untuk mereka.
Sekaligus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.
Bagaimanapun
menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri teras kepada
kejayaan program pembangunan itu adalah kesatuan dan perpaduan rakyat
yang tegar dalam menyokong BN hingga menjana situasi politik yang stabil
dan diyakini masyarakat antarabangsa.
Sebagai sebuah negeri,
pembangunan dan kemajuan Sabah kata Musa berada lebih berbanding
sesetengah negeri di Semananjung khususnya yang diperintah pembangkang .
Katanya
dalam tempoh pemerintahan BN, negeri ini mendapat sentuhan pembangunan
yang jitu dan padu dalam semua sektor dari kerajaan pusat
“Melalui
sentuhan kasih Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,
negeri kita terus menerima limpahan rahmat pembangunan melalui
peruntukan besar yang disediakan kerajaan Pusat ditambah lagi dengan
kebijaksanaan kepimpinan kerajaan negeri ,saya yakin kita berada di
landasan betul dan tepat untuk memacu kemajuan negeri ini untuk berjaya
pada tahun 2020,” katanya.
Dalam pada itu ketika berucap di majlis
tersebut Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, mahu
rakyat menilai budaya perjuangan antara BN dan Pakatan Pembangkang yang
mana lebih mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Katanya,Pemimpin
BN semenjak merdeka telah menerajui kegemilangan Malaysia dalam banyak
aspek hubungan antarabangsa sama ada sosio ekonomi budaya dan politik
yang meletakkan nama Malaysia sebagai negara aman, stabil dan Negara
pilihan kedua idaman masyarakat dunia.
Pengiktirafan itu menurut
Musa adalah hasil kejayaan pemimpin membina kesatuan masyarakat majmuk
menjadi sebuah bangsa dalam konteks gagasan 1Malaysia rakyat didahulukan
dan pencapaian diutamakan melalui ikrar Janji Ditepati.
“Kerajaan
negeri komited menepati janji,melalui pengwujudan koridor-koridor pembangunan rakyat mula menerima limpahan rahmat antaranya, Pembinaan
hab-hab ekonomi di setiap daerah dan Hub Pendidikan berprestasi tinggi
,negeri ini mula menjadi destinasi pilihan pelancong dan pelabur
dunia,” katanya
Dalam pada itu menurut Musa walaupun Sabah
diterjah dengan arus kemajuan perdana,rakyat negeri ini masih tetap
dengan nilai-nilai dan norma budaya murni yang sentiasa berterima kasih
kepada kepimpinan yang telus dalam membela nasib rakyat
“Kita akan
terus perkasakan budaya mengenang budi dan berterima kasih dan jelas
hanya BN yang mempu melakukan itu untuk rakyat Malaysia.
Turut
hadir di majlis itu Datuk Juslie Ajirol, Ahli Parlimen Libaran, Datuk
Zakaria Edris, Adun Gum-Gum, Presiden MPS, Datuk Ir James Wong, Mantan
Pengarah Jasa Sabah, Datuk Hj Dr Yasin Hj Amit, Ketua wanita Umno Sabah Datuk Armani Hj Mahiruddin, Datuk Daning Bajau dan pemimpin
peringkat bahagian Umno Libaran.
Dalam pada itu, Musa mahu rakyat mengelakkan dari terperangkap dakyah pembangkang yang hanya berjanji retorik tetapi kosong
“Ketika
ini rakyat maklum bahawa pemimpin pembangkang adalah mantan menteri
dan timbalan menteri dalam kerajaan BN sudah tentu tahu kejayaan
pembangunan kerajaan dan mereka katanya seharusnya muhasabah diri
tentang tanggungjawab mereka semasa berada dalam kerajaan sama ada sudah
melaksanakan peranan mereka mengerak kemajuan rakyat di kawasan
masing-masing,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Semoga Bajet 2013 untuk Sabah akan menepati sasarannya.
ReplyDeleteKerap turun padang untuk memantau proses semua projek yang dilaksanakan.
ReplyDeletekena pastikan wang peruntukan digunakan dgn sebaiknya.
ReplyDeletePeruntukan yang diberi oleh kerajaan perlu digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat
Deletesaluran peruntukan pun kenalah betul.
DeleteMereka yang melaksanakan bajet kerajaan perlu turun padang untuk memastikan pelaksanaan dilaksanakan dengan lancar
ReplyDeletekalau tidak turun padang, pasti pemimpin tidak tau keadaan sebenar rakyat. kalau laksanakan projek pun bos kena kerap turun padang untuk tengok pekerja dia supaya tidak 'curi tulang'.
ReplyDeleteParti Bersatu Sabah (PBS) supports the call made by Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman urging elected representatives to “turun padang” or visit their constituencies regularly.
ReplyDelete
ReplyDeleteIts president, Datuk Joseph Pairin Kitingan said all Barisan Nasional (BN) Yang Berhormats must take heed of the request in order to serve the people better and ensure the success of the implementation of the government development plans for the people.
PBS wholeheartedly support the call because that is the only way to immediately serve the needs of the people and solve their problems.
ReplyDelete