Monday, October 22, 2012

TURUN PADANG BAGI PASTIKAN BAJET CAPAI SASARAN: MUSA

Posted by Smookiekins On 10/22/2012 01:33:00 PM

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman mengarahkan Majlis Tindakan Negeri Sabah (MTNS) supaya kerap turun padang bagi memantau perlaksanaan pembangunan negeri agar sasaran Bajet 2013 yang baru dibentangkan menepati matlamatnya.

Katanya, bajet besar sebanyak RM4.088 bilion itu adalah bajet untuk rakyat menikmati tranformasi kehidupan baharu yang sedang dipacu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Belaiu berkata demikian pada sidang media ringkasnya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Zon Daerah Mengundi Sungai Kayu pada Ahad yang dihadiri hampir 500 ahli Umno dan penyokong BN Libaran.

Menurut Ketua Menteri, kerajaan amat teliti dalam merancang pembangunan negeri supaya semua peringkat dan golongan rakyat sama ada di bandar dan luar bandar dapat dibangunkan secara realistik dan holistik.

“Kerajaan bukan sembarangan membelanjakan wang rakyat,kita sudah kaji secara teliti bagaimana untuk membangunkan negeri dan rakyat kita sebab itu belanjawan kerajaan negeri untuk 2013 adalah yang terbesar untuk kepentingan rakyat keseluruhannya,” kata Musa.

Untuk memastikan segala yang dirancang kerajaan dapat di aplikasi dengan betul dan berkesan, Musa berkata, beliau telah meminta semua peringkat penjawat awam yang berkaitan sentiasa memantau dan turun padang memastikan transformasi pembangunan negeri berada di landasan yang betul perlaksanaanya.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementeria-kementerian, presiden-presiden Majlis Perbandaran, Pegawai-pegawai Daerah dan terutama wakil-wakil rakyat dan Ahli Parlimen turun pada melakukan pemantauan dan kawalan projek dilaksanakan mengikut klasifikasi kerja yang tepat,” katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan menegaskan keupayaan kerajaan negeri mengemukakan bajet terbesar dalam sejarah pembangunan moden negeri ini menunjukkan keupayaan kerajaan BN negeri mampu mengawal kewangan negeri dengan masih mengekalkan rizab melebihi RM3 bilion.

Katanya, walaupun kerajaan akan berbelanja RM4 bilion lebih namun kewangan negeri tetap kukuh yang membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan beliau tetap berhemah dalam membelanjakan wang rakyat.

Malah, kata Musa dengan kestabilan politik negeri ini, telah menambahkan keyakinan pelabur luar dan dalam negeri untuk melabur di negeri ini.

Kerajaan katanya akan terus mempelawa pelabur untuk datang dengan penyediaan prasarana yang baik untuk mereka.

Sekaligus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

Bagaimanapun menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri teras kepada kejayaan program pembangunan itu adalah kesatuan dan perpaduan rakyat yang tegar dalam menyokong BN hingga menjana situasi politik yang stabil dan diyakini masyarakat antarabangsa.

Sebagai sebuah negeri, pembangunan dan kemajuan Sabah kata Musa berada lebih berbanding sesetengah negeri di Semananjung khususnya yang diperintah pembangkang .

Katanya dalam tempoh pemerintahan BN, negeri ini mendapat sentuhan pembangunan yang jitu dan padu dalam semua sektor dari kerajaan pusat

“Melalui sentuhan kasih Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, negeri kita terus menerima limpahan rahmat pembangunan melalui peruntukan besar yang disediakan kerajaan Pusat ditambah lagi dengan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan negeri ,saya yakin kita berada di landasan betul dan tepat untuk memacu kemajuan negeri ini untuk berjaya pada tahun 2020,” katanya.

Dalam pada itu ketika berucap di majlis tersebut Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, mahu rakyat menilai budaya perjuangan antara BN dan Pakatan Pembangkang yang mana lebih mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Katanya,Pemimpin BN semenjak merdeka telah menerajui kegemilangan Malaysia dalam banyak aspek hubungan antarabangsa sama ada sosio ekonomi budaya dan politik yang meletakkan nama Malaysia sebagai negara aman, stabil dan Negara pilihan kedua idaman masyarakat dunia.

Pengiktirafan itu menurut Musa adalah hasil kejayaan pemimpin membina kesatuan masyarakat majmuk menjadi sebuah bangsa dalam konteks gagasan 1Malaysia rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan melalui ikrar Janji Ditepati.

“Kerajaan negeri komited menepati janji,melalui pengwujudan koridor-koridor pembangunan rakyat mula menerima limpahan rahmat antaranya, Pembinaan hab-hab ekonomi di setiap daerah dan Hub Pendidikan berprestasi tinggi ,negeri ini mula menjadi destinasi pilihan pelancong dan pelabur dunia,” katanya

Dalam pada itu menurut Musa walaupun Sabah diterjah dengan arus kemajuan perdana,rakyat negeri ini masih tetap dengan nilai-nilai dan norma budaya murni yang sentiasa berterima kasih kepada kepimpinan yang telus dalam membela nasib rakyat

“Kita akan terus perkasakan budaya mengenang budi dan berterima kasih dan jelas hanya BN yang mempu melakukan itu untuk rakyat Malaysia.

Turut hadir di majlis itu Datuk Juslie Ajirol, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Edris, Adun Gum-Gum, Presiden MPS, Datuk Ir James Wong, Mantan Pengarah Jasa Sabah, Datuk Hj Dr Yasin Hj Amit, Ketua wanita Umno Sabah Datuk Armani Hj Mahiruddin, Datuk Daning Bajau dan pemimpin peringkat bahagian Umno Libaran.

Dalam pada itu, Musa mahu rakyat mengelakkan dari terperangkap dakyah pembangkang yang hanya berjanji retorik tetapi kosong

“Ketika ini rakyat maklum bahawa pemimpin pembangkang adalah mantan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan BN sudah tentu tahu kejayaan pembangunan kerajaan dan mereka katanya seharusnya muhasabah diri tentang tanggungjawab mereka semasa berada dalam kerajaan sama ada sudah melaksanakan peranan mereka mengerak kemajuan rakyat di kawasan masing-masing,” katanya.


Sumber: New Sabah Times

10 comments:

  1. Semoga Bajet 2013 untuk Sabah akan menepati sasarannya.

    ReplyDelete
  2. Kerap turun padang untuk memantau proses semua projek yang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. kena pastikan wang peruntukan digunakan dgn sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan yang diberi oleh kerajaan perlu digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan rakyat

      Delete
    2. saluran peruntukan pun kenalah betul.

      Delete
  4. Mereka yang melaksanakan bajet kerajaan perlu turun padang untuk memastikan pelaksanaan dilaksanakan dengan lancar

    ReplyDelete
  5. kalau tidak turun padang, pasti pemimpin tidak tau keadaan sebenar rakyat. kalau laksanakan projek pun bos kena kerap turun padang untuk tengok pekerja dia supaya tidak 'curi tulang'.

    ReplyDelete
  6. Parti Bersatu Sabah (PBS) supports the call made by Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman urging elected representatives to “turun padang” or visit their constituencies regularly.

    ReplyDelete

  7. Its president, Datuk Joseph Pairin Kitingan said all Barisan Nasional (BN) Yang Berhormats must take heed of the request in order to serve the people better and ensure the success of the implementation of the government development plans for the people.

    ReplyDelete
  8. PBS wholeheartedly support the call because that is the only way to immediately serve the needs of the people and solve their problems.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...