Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan Hak Tanah Adat
Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.
Sehubungan
itu, katanya, kerajaan sentiasa terbuka menerima teguran dan cadangan
yang membina untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian
perkhidmatan bagi mening- katkan tahap pemeliharaan dan perlindungan NCR
dan hak pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah.
“Isu NCR tidak
seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal,
sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi memastikan
isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga
kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Kawasan Kunak Datuk Nilwan Kabang, pada sesi soal jawab,
persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini,
kelmarin.
Musa berkata, bagi memastikan lebih ramai orang asal
mempunyai tanah, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk
menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan.
“Saya secara
peribadi akan memastikan prinsip menjaga, memelihara dan melindungi
kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa didahulukan.
“Oleh
itu saya berharap, tidak ada lagi pihak yang akan memanipulasikan
perkara berkaitan NCR, sebaliknya bekerjasama membantu menyelesaikan
apa-apa sahaja perkara berkaitan NCR demi kepentingan dan hak-hak orang
asal negeri Sabah.
“Saya juga berharap isu ini tidak dijadikan
bahan politik murahan untuk meraih dan memenuhi kepentingan dan agenda
politik golongan tertentu,” katanya.
Musa berkata, jumlah
keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak
negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hak milik tanah
Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar
atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberi milik
di negeri Sabah.
“Keluasan ini adalah lebih besar daripada
keluasan negeri Selangor yang mana berukuran seluas 795,600.00 hektar
sahaja. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius meningkatkan
pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah,” katanya.
Katantya lagi,
walaupun Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Disember 1930, namun
tuntutan NCR masih boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong
Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan pada masa yang sama kerajaan negeri
akan terus berusaha meningkatkan pemilikan hartanah oleh Anak Negeri.
“Kerajaan
Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary untuk memelihara
dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah anak negeri. Tohmahan
yang mengatakan kerajaan mengetepikan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri
Sabah dan mendiskriminasikan pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri
Sabah adalah tidak benar,” katanya.
Berkenaan dengan pemberi
milikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada anak
negeri, Musa berkata sehingga Disember 2011, kearjaan negeri melalui
Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah
dan daripada jumlah itu, 190,452 adalah hak milik tanah anak negeri (NT)
telah diberikan kepada anak negeri.
”Jumlah keseluruhan keluasan
tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan
daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak
milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah
keluasan hak milik tanah yang didaftarkan di Sabah,” katanya.
Beliau
berkata bagi meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah
NT kepada anak negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan
dan pengukuran permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah.
”Sehingga
bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan
daripada jumlah itu 10,540 permohonan tanah telah disokong untuk
diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC).
”Daripada
sebanyak 10,540 permohonan tanah yang telah disokong untuk kelulusan,
9,922 adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat NT untuk anak
negeri,” katanya.
Dari segi pewartaan tanah simpanan anak negeri,
sehingga Disember 2011, keluasan tanah kerajaan yang telah diwartakan
untuk kegunaan anak negeri seperti perkampungan dan padang ragut ialah
seluas 53,190.857 hektar (131,437.267 ekar).
Dari segi pemberi
milikan tanah kepada anak ngeri melalui geran komunal, Musa berkata
sehingga Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT dengan keluasan
12,777.14 hektar telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang
melibatkan tiga buah daerah.
Sebanyak 52 geran komunal dengan
keluasan 23,046.07 hektar akan dikeluarkan kepada seramai 5,373
benefisiari (peserta) yang melibatkan tujuh buah daerah. Jumlah
keseluruhan geran komunal yang telah dan akan dikeluarkan ialah sebanyak
58 geran komunal NT dengan keluasan 35,823.21 hektar, melibatkan
seramai 8,034 benefisiari (peserta). Geran komunal NT tersebut terletak
di sembilan buah daerah melibatkan sebanyak 122 buah kampung.
Katanya
lagi, kerajaan negeri juga merancang untuk mengeluarkan geran komunal
di kawasan Kota Marudu seluas 17,000 ekar, Pitas seluas 10,000 ekar,
Tongod seluas 15,000 ekar, Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung
Nagas) seluas 5,177.12 ekar
“Bagi membolehkan beberapa geran
komunal dikeluarkan, kerajaan negeri melalui Persidangan Dewan Undangan
Negeri pada April 2010 telah membubarkan seluas 24,563 hektar daripada
Hutan Simpan Sook Plain dan Mandalom secara land swap dengan tanah
kerajaan demi kesejahteraan rakyat di luar bandar khususnya anak negeri
Sabah,” katanya.
Musa berkata, penggubalan undang-undang tanah
pada 13 Disember 1930 pada zaman pemerintahan British North Borneo
Chartered Company telah memberi kesan besar terhadap tuntutan NCR di
negeri Sabah.
Beliau berkata, sebelum tahun 1930, pendudukan tanah
oleh seseorang anak negeri adalah secara bebas tanpa sekatan
undang-undang. Bagaimanapun, sselepas tahun 1930, pendudukan tanah
kerajaan oleh seseorang anak negeri adalah tertakluk kepada Seksyen 5,
Seksyen 6(1), Seksyen 65 dan Seksyen 88 Ordinan Tanah Sabah di mana
pendudukan tersebut perlu ditentu-sahkan secara sah atau tidak sah
terlebih dahulu.
“Jika pendudukan didapati sah dan memenuhi
kriteria Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah (definasi Hak Tanah Adat), maka
pendudukan tersebut akan dipertimbangkan dan diiktiraf sebagai
pendudukan NCR dan hak milik tanah boleh dianugerahkan,” katanya.
Katanya
lagi, sejak penggubalan undang-undang tanah tersebut, Kerajaan Negeri
melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah menggunapakai perundangan tersebut
sebagai asas untuk memutuskan sebarang tuntutan hak tanah adat di negeri
Sabah.
Sehubungan itu, katanya sejak 1997 hingga September 2012,
Jabatan Tanah dan Ukur menerima sebanyak 615 kes tuntutan NCR melibatkan
seramai 1,164 orang penuntut di seluruh Sabah. Daripada jumlah itu 207
kes diiktiraf sebagai pendudukan NCR, 70 kes telah ditolak dan 338 kes
masih dalam penyiasatan.
“Kerajaan Negeri berjanji akan
mempercepat proses siasatan terhadap 338 kes dengan menggunakan Unit
Bergerak Anak Negeri atau PANTAS. Kehadiran PANTAS di kampung-kampung,
masalah berkaitan tanah anak negeri di luar bandar akan dapat
diselesaikan dengan cepat dan teratur mengikut undang-undang Ordinan
Tanah Sabah,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
Nampaknya kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat
ReplyDeleteSemoga masalah tanah NCR rakyat dapat diselesaikan.
ReplyDeleteisu NCR kena diberi perhatian dan diselesaikn.
ReplyDeleteMasih banyak kes tanah yang belum dapat diselesaikan. kes tanah ni lah yang dianggap salah satu daripada long-standing issue dan menjadi no2 selepas masalah PATI.
ReplyDeleteMudah2an lepas ni tanah tidak dibiarkan dirampas oleh orang2 asing.
ReplyDelete