Tuesday, October 9, 2012

Musa: Pembangkang ‘kaki pembohong’

Posted by Smookiekins On 10/09/2012 01:31:00 PM

Sikap kumpulan pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta konon kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya di negeri ini tidak berbuat apa-apa mencerminkan cara mereka berpolitik tidak matang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata tindakan sebegini amat dikesali kerana walaupun pembangunan yang dilaksanakan BN bertambah rancak namun pihak pembangkang masih mengaburi mata rakyat sehingga sanggup menafikan apa jua usaha dan inisiatif selama ini.

Beliau menyifatkan mereka sebagai ‘kaki pembohong’ memandangkan cuba pula meyakinkan rakyat dengan menjanjikan bulan dan bintang sedangkan pada hakikatnya ia adalah gimik politik kerana sudah terbiasa bercakap kosong.

“Mereka masuk kampung dan keluar kampung dengan memutarbelitkan fakta kononnya kita tidak buat apa-apa. Apa ini semua? Mereka tidak sedarkah pelaksanaan projek pembangunan yang bukan saja ditumpukan di bandar malahan kawasan luar bandar sudah banyak berubah.

“Sikap pembangkang amat kita kesali kerana suka sangat melempar tohmahan yang menyebabkan rakyat boleh bosan dan marah dengan cara mereka berpolitik semata-mata untuk meraih sokongan murahan,” katanya.

Berucap sewaktu melakukan lawatan ke Markas Jentera Pilihan Raya Zon Taman Airport di Balairaya Tinosa Kinabalu, dekat sini, kelmarin Musa selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri menasihatkan ahli-ahli parti agar tidak terpedaya dengan setiap dakyah pembangkang.

Ini kerana, katanya, dakyah mereka semuanya adalah tidak berasas sama sekali di mana rakyat boleh mengambil iktibar negeri-negeri diterajui pembangkang terutamanya di Semenanjung apabila saban hari rakyat terus merungut.

Menurut beliau, rakyat perlu berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh kerana memberikan kepercayaan kepada pembangkang belum tentu menjanjikan apa-apa berikutan keupayaan mereka tidak seperti BN.

Beliau berkata, salah sebuah negeri yang ditadbir pembangkang memungkinkan akan mundur seandainya terus diperintah oleh pembangkang padahal selama di bawah pemerintahan BN, negeri terbabit tidak pernah mengalami nasib sedemikian rupa.

Beliau meminta rakyat negeri ini terutama di Parlimen Libaran agar memberikan sokongan yang padu bagi memastikan kerajaan BN menang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

“Rakyat tiada pilihan lain melainkan memberikan mandat semula kepada kerajaan hari ini yang sudah terbukti menunaikan segala janjinya kepada rakyat tambahan lagi rakyat terus mendapat manfaat menerusi pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M dan sebagainya.

“Kalau pembangkang apa mereka boleh buat … semuanya bohong. Masuk kampung dan keluar kampung dengan bercakap yang bukan-bukan seolah-olah kita tidak melaksanakan pembangunan. Semua ini tidak betul, mereka inilah pembohong besar,” tegas Ketua Menteri sambil diberikan tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, Musa merangkap Ketua Umno Bahagian Libaran dan wakil rakyat Sungai Sibuga berpuas hati dan gembira dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan setiap ahli dalam daerah mengundi khususnya di Taman Airport Sandakan.

Beliau tidak khuatir kerana sokongan ditunjukkan rakyat semakin meningkat dan sekali gus mewujudkan kerjasama lebih matang dalam menghadapi PRU-13.

Bagaimanapun, katanya, semangat kerjasama yang ditunjukkan perlu diteruskan dan dipertingkatkan bagi memastikan kemenangan lebih mudah dapat dicapai.

Beliau berkata, ahli-ahli Umno yang bertugas perlu sentiasa bersiap sedia selain tahu memainkan peranan masing-masing ketika melaksanakan tugas dalam usaha memenangi hati rakyat.

Ujarnya, setiap ahli juga perlu pandai mematahkan setiap dakyah pembangkang yang sentiasa menafikan keupayaan kerajaan sedia ada dalam menyalurkan pembangunan kepada rakyat jelata.

Beliau turut mengingatkan pemimpin di peringkat akar umbi termasuk kalangan ahli parti agar tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan diperoleh pada masa kini, sebaliknya sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada demi kesinambungan kekuatan parti keramat itu.

Yang turut hadir sama, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Haji Zakaria Haji Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya; Setiausaha Umno Bahagian Libaran, Datuk Haji Basrah Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Umno Libaran, Suhaimi Nasir.


Sumber: New Sabah Times

18 comments:

  1. ya. rakyat harus bijak dalam apapun keadaan

    ReplyDelete
  2. Kerajaan sentiasa prihatin akan masalah rakyat dengan merangka pelbagai program demi manfaat mereka tetapi pembangkang sentiasa suka mencari kesalahan kerajaan.Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kerajaan sedangkan pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi tidak pernah menunaikannya

    ReplyDelete
  3. Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12

    ReplyDelete
  4. Kita harus berterima kasih kepada Musa dalam memajukan negeri ini," katanya pada majlis penyerahan bayaran khas terhadap bekas kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) cawangan Sabah di Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  5. Beliau turut meminta kakitangan dan bekas kakitangan Kemas supaya memberi sokongan kepada kerajaan.

    ReplyDelete


  6. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, berkata pencapaian yang diperolehi menerusi pelaksanaan pelbagai rancangan dan dasar itu diharap dapat membantu mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan negeri lain di Malaysia.


    ReplyDelete
  7. Jangan lupa, kita adalah sebahagian daripada Malaysia, dan rakyat daripada setiap negeri perlu bekerjasama antara satu sama lain untuk membawa kemajuan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua rakyat M'sia berhak menikmati pembangunan dan kemajuan

      Delete
  8. Sabahans sepatutnya menilai dengan sebaik mungkin sesuatu yang datang daripada pembangkang

    ReplyDelete
  9. Administration of states under Pakatan Rakyat is merely based on the strong foundation built by the Barisan Nasional (BN) government for 50 years, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said today.






    ReplyDelete

  10. He said the opposition's action in having its own theme for Merdeka Day clearly showed that it was more concerned with its own political agenda than the interests of the general public.

    ReplyDelete

  11. Although the opposition had its own political stance and ideology, he said, it should not deny the development and progress carried out by the BN government since the country achieved its independence in 1957.

    ReplyDelete
  12. "What the opposition is doing is to make promises and refute all the good done by the BN government.

    ReplyDelete
  13. "Lim Guan Eng may not be able to administer Penang as a state if its foundation is not strong," he told reporters at an event to appreciate Merdeka Day which was attended by the ministry's staff here.

    ReplyDelete

  14. Shafie said the government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and with the people's support would continue with the tradition of implementing all the country's development agenda.

    ReplyDelete

  15. He said Najib, who placed the people's interests as his priority, would continue to carry out more programmes and transformations towards making Malaysia a developed country by 2020.

    ReplyDelete

  16. "We realise that a lot have been done since the past 55 years, Villages have turned into towns. The village folks living comfortably and much more.

    ReplyDelete
  17. "What the opposition can do is to make promises. Despite being in power in some states, they still cannot fulfill the promises made in the 2008 general election," he added.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...