Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihati rakyat
Sabah supaya tidak terpengaruh dengan hasil kaji selidik Merdeka Centre,
yang mengaitkan kemerosotan tahap kepuasan pengundi Sabah dengan
pimpinan kerajaan negeri.
“Apa yang penting ialah kita sama-sama
bekerja keras (untuk membangunkan negeri ini) dan bukan hanya
berlandaskan kepada penilaian terhadap kita,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas
di Dewan Sekolah Menengah Teknik Likas kelmarin.
Beliau berkata
demikian ketika diminta mengulas laporan online yang mendakwa tahap
kepuasan pengundi Sabah terhadap pemimpin kerajaan negeri mengalami
penurunan.
Anggota Parlimen Semporna itu yakin kerajaan sedia ada
mampu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan mengajak rakyat
Sabah menumpukan kepada agenda pembangunan di negeri ini.
Dalam
perkembangan lain, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, berkata kementeriannya komited untuk menyediakan pendidikan
awal berkualiti untuk kanak-kanak, sama ada di bandar atau desa,
sebagai asas kepada pembangunan insan yang mampu melahirkan generasi
pelapis berminda kelas pertama.
Beliau berkata dalam Belanjawan
2013, kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi
mempertingkat tahap pendidikan prasekolah, termasuk yang dikendali oleh
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Sehubungan itu, katanya,
kementerian melalui Kemas memberi peluang kepada guru Tabika Kemas
berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau rendah untuk mengikuti
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak prasekolah, dan hasilnya, jawatan
kira-kira 4,000 orang sudah dinaik taraf ke S27.
Terdahulu, dalam
ucapannya, Mohd Shafie berkata sebanyak 1,360 kelas Tabika Kemas
beroperasi di Sabah dengan jumlah kanak-kanak 27,014 orang.
“Penambahan dan pembukaan kelas tabika akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: New Sabah Times
ya!! saya sokong! rakyat seharusnya bekerjasama membangunkan negeri ini dan bukannya meggulingkan pemerintah.
ReplyDeleteRakyat seharusnya tidak membuang masa dengan politiking yang akhirnya menjejaskan usaha-usaha membela nasib rakyat dan melemahkan kekuatan kerajaan.
ReplyDeleteKerana inginkan pembangunan, kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran serta keharmonian, maka perlulah kita terus menyokong kerajaan yang ada sekarang.
ReplyDeletePembangkang hanya perlu berjanji untuk menarik undi rakyat rakyat Sabah
Deletejangan terpedaya dengn sogokan duit daripda pmbngkng. hindari rasuah. think for our grandchildren
ReplyDeleteJgn harapkan harta yg diberikan, tpi fikirkan keadaan yg menimpa di kmudian hari. Duit boleh saja dicari
ReplyDeletehasil kajian merdeka survey mungkin hanya untuk tujuan politik saja
ReplyDelete