Tuesday, October 30, 2012

Beberapa kawasan dikenalpasti untuk penubuhan Taska di Sabah: Azizah

Posted by Smookiekins On 10/30/2012 12:56:00 PM

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azizah Mohd Dun berkata, beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk menubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan telah menubuhkan Taska di Wisma Muis untuk memudahkan ibu bapa yang bekerja di kawasan berdekatan Wisma Muis menghantar anak mereka ke pusat jagaan itu.
“Di samping itu kementerian juga telah mewujudkan talian Sabah Care bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya.

“Pusat Khidmat Pelanggan turut diwujudkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) yang berfungsi menerima aduan untuk dirujuk kepada pihak-pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan pegawai awam wanita pentadbiran awam negeri Sabah dalam kumpulan sokongan, di Ballroom Wisma Wanita, di sini, kelmarin.
Majlis itu disertai 120 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri,

Bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini, Azizah menyeru rakyat khususnya wanita supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan.

Katanya, selama ini kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang kondusif untuk wanita memajukan diri dalam pelbagai bidang termasuk dalam sektor awam.

“Oleh itu sebagai penjawat awam, kita perlulah bijak membuat penilaian atas apa jua kemajuan yang kita kecapi dan bersama-sama berperanan melaksana program-program yang dirancang untuk manfaat bersama.

“Kita patut bersyukur kerana kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berjaya membawa banyak kemajuan dalam membangunkan sehingga mampu memberi bonus kepada semua pejawat awam,” katanya.

Berkenaan dengan perjumpaan itu beliau berkata, ia adalah kesinambungan perjumpaan wanita di peringkat pengurusan dan merupakan salah satu pengisian sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sabah 2012.

“Saya berharap dapat berkongsi maklumat dan bersedia mendengar cadangan mengenai program-program pembangunan wanita di negeri ini ataupun masalah yang dihadapi golongan wanita di tempat kerja,” katanya lagi.


Sumber: New Sabah Times

13 comments:

  1. Rancangan yang bagus, keadaan ekonomi sekarang memerlukan ibu bapa bekerja. Sekiranya ada banyak taska dibina pasti memberi manfaat kepada ibu bapa yang bekerja.

    ReplyDelete
  2. diharap lebih banyak taska dibina di kawasan2 yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. perbinaan taksa perlu dikawasan2 tertentu.

    ReplyDelete
  4. Hantar anak ke TASKA mungkin lebih baik daripada meminta amah menjaga di rumah memandangkan kebelakangan ini kita sering mendengar tentang penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah.

    ReplyDelete
  5. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 1,000 syarikat swasta akan mendirikan taska di premis masing-masing dalam masa terdekat bagi menggalakkan golongan ibu menyertai pasaran kerja.

    ReplyDelete
  6. Perdana Menteri berkata, ia boleh dilaksanakan kerana kerajaan memberi pelbagai insentif kepada syarikat swasta untuk mendirikan taska seperti geran RM10,000 dan pelbagai potongan cukai menerusi peruntukan Bajet 2013 yang selari dengan pelan pembangunan awal kanak-kanak.

    ReplyDelete
  7. Kata Najib, beliau akan turut meminta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa melaksanakan usaha pembinaan taska di setiap kementerian, jabatan serta agensi kerajaan bagi tujuan sama.

    ReplyDelete
  8. Katanya, usaha itu diharap menggalakkan golongan ibu berpendidikan menyertai usaha pembangunan ekonomi negara tanpa perlu bimbang mengenai penjagaan anak di rumah akibat kepayahan mendapatkan khidmat pembantu rumah kini.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan berbelanja besar untuk pendidikan sehingga 68 peratus pelajar di universiti adalah wanita, tapi hanya 46 peratus sahaja wanita dalam pasaran kerja dan ini adalah kerugian besar negara kerana ada yang terkeluar daripada pasaran kerja walaupun ada pendidikan.

    ReplyDelete
  10. "Selain itu kita juga akan mendirikan taska untuk orang kurang upaya (OKU) yang tidak pernah kita buat dan kita nak mulakan tidak lama lagi. Inilah dasar mesra wanita serta mesra rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan ekonomi negara apabila mereka bukan sahaja digalak menyertai perniagaan kecil-kecilan tetapi turut berperanan di peringkat pembuat dasar dalam sektor awam.

    ReplyDelete
  12. Penglibatan wanita dalam merangka dan menentukan dasar di sektor awam kini lebih ramai berbanding penyertaan mereka dalam sektor swasta. Keadaan itu, menurut Najib, menunjukkan wanita zaman ini bersifat trifungsi iaitu sebagai isteri, ibu dan tenaga kerja.

    ReplyDelete
  13. "Kementerian kini sudah ada senarai 200 wanita berkelayakan tinggi dan syarikat senaraian awam swasta. Jangan beri alasan tidak dapat melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah, datang sahaja ke kementerian dan anda boleh pilih," -Najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...