Monday, July 9, 2012

Sabah: K'jaan Negeri sokong usaha kenalpasti potensi, keunikan daerah

Posted by Smookiekins On 7/09/2012 04:29:00 PM
Kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen dan sokongan terhadap usaha untuk mengenal pasti dan mengetengahkan potensi dan keunikan di sesuatu daerah di negeri ini yang boleh menyumbang kepada kemajuan sektor pelancongan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata ini terbukti dengan penganjuran sesuatu pesta di dalam kalendar pelancongan tahunan Sabah bagi mewarnai kepelbagaian perayaaan di negeri ini seperti Pesta Rumbia di daerah Kuala Penyu.

 Pesta Rumbia di daerah Kuala Penyu

“Sememangnya pesta ini bukan sahaja sinonim dengan daerah Kuala Penyu disebabkan terdapatnya banyak pokok rumbia yang tumbuh di kawasan ini. Malah, saya difahamkan, ia juga mempunyai lagenda tersendiri bagi masyarakat di Dusun Tatana kerana menjadi ‘penyelamat’ kepada masyarakat semasa ketiadaan beras akibat kemarau yang panjang satu ketika dahulu,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Rumbia Kuala Penyu ke-23 di Dewan Datuk Shahbandar Makang, Kuala Penyu di sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun. Musa yakin dan percaya pesta seumapama itu mampu menjadi penyumbang kepada kemajuan sektor pelancongan khususnya di negeri Sabah.

Musa turut menyarankan para pengusaha Industri Kecil Sedarhana (IKS) mempelbagaikan produk berasaskan rumbia bagi menembusi pasaran antarabangsa, sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi diri dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri. Dalam perkembangan lain, Musa berkata pembinaan jambatan Sungai Sitompok bernilai RM60 juta di daerah ini akan memberi impak besar kepada kehidupan masyarakat terutamanya dari segi kemajuan ekonomi dan pelancongan.

“Inilah nikmat kestabilan politik hasil sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat yang membolehkan kerajaan melaksanakan banyak agenda pembangunan termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua rakyat di negeri ini supaya terus memberikan kepercayaan dan sokongan pada kepada kerajaan yang terbukti mampu membawa pembangunan, kemajuan dan membela nasib rakyat khususnya di Sabah.

Source: New Sabah Times

7 comments:

  1. Hope that the people in Sabah will continue to give mandate to the BN government and hope that they will continue to bring developments to the state.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. The Sungai Sitompok bridge worth RM60 million will bring positive impact to the economic and tourism industry locally.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. setiap daerah ada potensinya.. jadi ia perlu dikenalpasti dan diperkembangkan.

    ReplyDelete
  4. Hampir tiap bulan ada penganjuran pesta di Sabah ni.semoga lebih banyak promosi untuk tarik lebih ramai pelancong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan keunikan tempat2 di Sabah perlu disokong

      Delete
  5. Setaip daerah pasti ada keunikan tersendiri

    ReplyDelete
  6. yup.. banyak betul pesta di Sabah.. agaknya inilah kelebihan sebuah negeri yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta hidup bersatupadu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...