Monday, July 9, 2012

Pendidikan: Pairin harap Kolej KDM bakal capai status universiti

Posted by Smookiekins On 7/09/2012 04:37:00 PM
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingn melahirkan impian supaya Kolej Kadazandusun Murut (KDM) yang bakal diwujudkan di negeri ini mencapai status universiti pada masa akan datang.  Beliau berkata penubuhan kolej itu membuka lembaran baru dalam arena pendidikan negara yang mengutamakan kepentingan semua kaum di negara ini.

 Kolej itu membuka lembaran baru dalam arena pendidikan Sabah

“Ini satu keperluan kita daripada segi pendidikan dan memberi peluang kepada generasi datang untuk menuntut ilmu. Saya yakin dengan persefahaman dan kerjasama semua pihak kolej ini akan menjadi kolej yang besar dan berkembang sebagai sebuah universiti pada masa depan. “Ini pasti akan menyerlahkan lagi penglibatan masyarakat KDM dalam bidang pendidikan seterusnya melahirkan generasi muda yang ber- pendidikan dan berkemahiran tinggi yang dapat memberi sumbangan kekuatan masa depan negeri dari segi ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Moginakan Nunuk Ragang 2012 dan Majlis Ulang Tahun ke-28 Pertabalan Huguan Siou di Tugu Nunuk Ragang, KM54 Jalan Ranau-Telupid, Sandakan, dekat sini, kelmarin Pairin yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Murut (KDCA) turut meminta masyarakat Kadazandusun Murut supaya terus mengekalkan amalan tradisional dan kebudayaan yang diwarisi sejak dahulu lagi untuk tatapan generasi akan datang. Katanya, ini penting bagi memastikan warisan nenek moyang itu tidak pupus ditelan zaman.

“Pesta Moginakan Nunuk Ragang yang disambut setiap tahun amat istimewa bagi memperingati asal usul nenek moyang masyarakat Kadazandusun Murut serta memberi peluang kepada masyarakat itu untuk mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan mereka. “Kita harus meneruskan amalan yang kita warisi daripada nenek moyang dan kita datang untuk merayakan pesta Nunuk Ragang kerana ingatan kita bahawa kebudayaan dan amalan tradisi masyarakat kita bernilai tinggi,” katanya.

Turut hadir isteri Pairin, Puan Sri Genevieve Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr. Yee Moh Chai, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Edward Yong, Pemimpin veteran Kadazandusun Tan Sri Dr. Herman Luping, Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang Dr. Joachim Gunsalam, Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan Presiden KDCA Datuk Dr.Othman Minudin dan ahli majlis tertinggi KDCA dan pemimpin masyarakat setempat.

Masyarakat Kadazandusun pelbagai etnik yang wujud sekarang mempercayai cerita yang diperturunkan oleh orang tua-tua bahawa asal usul mereka sebagai sebuah masyarakat bermula di Nunuk Ragang dan ‘atas restu Pemimpin Utama mereka, Huguan Siou’. Nunuk Ragang bermaksud ‘Pokok Ara Merah’, yang digunakan nenek moyang masyarakat Kadazandusun dahulu kala untuk menggambarkan orang ramai yang bermandi-manda, duduk berjemur di atas dahan sepohon ara gergasi yang tumbuh di tebing sebuah lubuk yang dalam airnya dan menyebabkan pohon berkenaan kelihatan berwarna merah, katanya.

Menurut satu lagi legenda, akar pokok nunuk itu mengeluarkan getah berwarna merah, yang mempunyai khasiat perubatan dan telah menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi mereka yang datang bermandi-mandi berhampirannya.

Sejarah lisan Kadazandusun dan legenda Nunuk Ragang yang diwarisi pelbagai etnik Kadazandusun di seluruh Sabah menjadi teras kepercayaan mereka bahawa mereka berasal daripada ne- nek moyang yang sama sebelum wujudnya sejarah bertulis.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

7 comments:

  1. Hope that Kolej Kadazandusun Murut will achieve University status so that it can allow more local bumiputera's to further their studies.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Can't wait to see KDM college becoming the largest higher institution in the state.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. moga kolej KDM akan berkembang hingga jadi tahap U.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Kolej KDM adalah manfaat rakyat Sabah

      Delete
  4. Belum tubuhkan lagi kolej KDM ni. bila sudah tubuhkan barulah nampak potensi yang lebih besar.

    ReplyDelete
  5. Pendidikan sangat penting pada masa sekarang, jadi ambil la peluang sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  6. tidak mustahil kolej KDM ini mampu mencapai status universiti.. yang penting kualiti pendidikan diutamakan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...