Wednesday, July 18, 2012

303 Kampung Tanpa Wayar di Sabah

Posted by Smookiekins On 7/18/2012 08:47:00 AM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan sebanyak 303 Kampung Tanpa Wayar di seluruh Sabah. Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad berkata, daerah-daerah yang mendapat perkhidmatan WiFi itu ialah Penampang, Papar, Tuaran, Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Pitas, Keningau, Nabawan, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Kinabatangan, Beluran, Tongod, Kunak, Kota Kinabalu, Tawau, Tambunan, Tenom, Semporna dan Kudat.


SKMM mewujudkan sebanyak 303 Kampung Tanpa Wayar di seluruh Sabah

“Teknologi internet jalur lebar berkelajuan tinggi WiMAX pula hanya boleh dinikmati di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan,” katanya pada sesi soal jwab persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin
.
Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan Kamarlin Ombi yang bertanya sejauh mana kementerian dan agensi pusat yang bertanggungjawab merealisasikan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan kampung Wifi di Sabah dan berapa buah kampung telah memperolehi perkhidmatan Wifi di negeri ini. Jainab berkata, SKMM juga bercadang untuk mewujudkan projek-projek jalur lebar di kawasan bandar atau pinggir bandar terpilih tahun ini.

“Kawasan perumahan dan pinggir bandar yang kurang mendapat liputan juga akan dijadikan sebagai lokasi baru untuk pengwujudan Pusat Internet 1Malaysia. “Manakala perpustakaan daerah dan negeri yang terletak di kawasan bandar akan dijadikan sebagai Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti,” katanya.

Beliau berkata, penyediaan infrastruktur High Speed Broadband (HSBB) iaitu perkhidmatan Internet Jalur Lebar berkelajuan tinggi, buat masa ini hanya tertumpu di kawasan industri berimpak tinggi seluruh negara.

“HSBB sedang dalam pelaksanaan di kawasan Menggatal dengan jumlah 505 sambungan dan akan siap tahun ini,” katanya.

Jainab berkata, bagi merealisasikan projek jalur lebar berkelajuan tinggi dan Kampung Wifi di negeri ini, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melalui agensinya SKMM telah dan sedang melaksanakan pelbagai program.

“Antaranya ialah Pusat Internet 1Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti, Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti yang akan ditempatkan di Perpustakaan Desa, Mini Pusat Jalur Lebar Komuniti, Kampung Tanpa Wayar dan kemudahan telefon mudah alih berteknologi 3G,” katanya.

Sumber: New Sabah Times
Reactions:

6 comments:

  1. Syabas kepada SKMM kerana mewujudkan sebanyak 303 Kampung Tanpa Wayar di seluruh Sabah. Semoga kawasan-kawasan ini akan mendapat manfaat daripada kemudahan tanpa wajar ini untuk meningkatkan ilmu IT.

    ReplyDelete
  2. The government is working hard to improve the connectivity within the state.

    ReplyDelete
  3. moga lebih byk kampung tanpa wajar akan diwujudkan.

    ReplyDelete
  4. Satu usaha yang baik bagi memastikan beberapa kampung tidak ketinggalan dengan kemodenan teknologi ICT yang ada sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha yang bagus untuk mendedahkan rakyat dengan penggunaan ICT

      Delete
  5. Tingkatkan coverage Internet di seluruh Sabah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...