Wednesday, June 6, 2012

‘Tanah lembap kita untuk hari ini dan generasi akan datang’

Posted by Smookiekins On 6/06/2012 08:08:00 AM
Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah (SWCS) akan mengadakan sambutan Hari Alam Sekitar Dunia di Kota Kinabalu Wetlands pada 7 Jun ini, dengan tumpuan kepada ekonomi hijau. Presiden SWCS Zainie Abdul Aucasa berkata sambutan akan dilancar Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Hari Alam Sekitar Dunia

“Dalam usaha ke arah ekonomi hijau dan pembangunan lestari, SWCS menganjurkan kempen mengumpul tandatangan sebagai sokongan kepada Kota Kinabalu Wetlands dengan slogan ‘Tanah lembap kita untuk hari ini dan generasi akan datang’,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Katanya tindakan itu susulan cadangan pembinaan kondominium berdekatan kawasan tersebut yang mungkin menjejaskan Kota Kinabalu Wetlands.

Tandatangan yang dikumpul akan diserah kepada pihak berkuasa berkaitan agar bantahan terhadap projek kondominium tersebut dapat dipertimbang dengan sewajarnya, kata Zainie.

Usaha itu juga adalah sebahagian langkah SWCS untuk mendapatkan status ‘Ramsar Site’ bagi Kota Kinabalu Wetlands, katanya.

Beliau berkata SWCS berusaha untuk memulihara kawasan paya bakau seluas 24 hektar di Kota Kinabalu Wetlands menjadi kawasan perlindungan kepada lebih 90 spesies burung dan haiwan akuatik.

Zainie berkata di Malaysia terdapat enam kawasan tanah lembap diisytihar sebagai ‘Ramsar Site” dan satu daripadanya di Sabah iaitu Lower Kinabatangan-Segama Wetlands.

Sumber: New Sabah Times

7 comments:

  1. penjagaan alam sekitar patut di amalkan, ia penting untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
  2. Hari Alam Sekitar Dunia is a good way to promote awareness about the environment to more people. So that our next generation can still enjoy the environment today.

    ReplyDelete
  3. Hope that SWCS will continue their efforts to protect the birds and aquatic life.

    ReplyDelete
  4. Betul..Kita perlulah menjaganya bersama. Jika bukan kita siapa lagi yang diharapkan untuk semua ini.

    ReplyDelete
  5. Sama2 la kita menjaga kebersihan alam sekitar.

    ReplyDelete
  6. usaha menyelamatkan tanah lembab di negeri ini pasti akan mendapat perhatian dan sokongan kerajaan.. dibawah program SFM(sustainable forest management), semua implikasi pembangunan terhadap alam sekitar pasti akan mendapat perhatian..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...