Friday, April 6, 2012

Kerajaan Menyediakan Banyak Bantuan

Posted by Smookiekins On 4/06/2012 12:20:00 PM
Masih ramai golongan belia tidak mengetahui bahawa kerajaan menyediakan pelbagai skim bantuan kepada mereka untuk dimanfaatkan kepada ahli-ahlinya.


Kerajaan sentiasa membantu


Sehubungan dengan itu para pemimpin belia di daerah ini digesa untuk tampil dengan program perniagaan yang akan memberi manfaat kepada semua ahli dan meminta bantuan daripada Pejabat Daerah untuk merealisasikan rancangan itu.


Penolong Pegawai Daerah Keningau, Ahmad Shah Mohd Sunoh, berkata kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi tujuan membina belia negara melalui pelbagai skim yang disalurkan melalui pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Daerah.

“Kami memahami bahawa kebanyakan skim ini masih tidak diketahui oleh pertubuhan belia, terutamanya di kawasan pedalaman. Oleh itu, kami menggesa semua pemimpin belia mula bekerja rapat dengan kami dalam mengenal pasti landasan yang sesuai bagi mereka yang berminat.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Bahagian Keningau 2012 di sebuah hotel di sini. Hadir sama ialah Pegawai Belia dan Sukan Keningau (Persekutuan), Zainudin Atin; Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Keningau (Negeri); Edwin Kihob; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Ketua-ketua Jabatan dan Pemimpin Belia dari seluruh daerah ini.

Katanya, maklumat itu penting kerana ia bukan sahaja membawa manfaat kepada anak-anak muda mengenai peluang itu tetapi juga boleh menghalang generasi muda terlibat dengan aktiviti negatif yang menyebabkan ramai belia ketinggalan.

Ahmad Shah juga turut mendedahkan bahawa golongan belia di daerah ini masih dihantui oleh masalah penggunaan minuman alkohol dan ia bukanlah satu perkara mudah untuk diselesaikan kerana ia berkait rapat dengan tradisi setempat.

“Pihak berkuasa sering menghadapi kesukaran dalam membendung aktiviti itu di kalangan belia kerana ia akan berhadapan dengan isu-isu sensitif budaya dan tradisi penduduk di sini,” kata Ahmad Shah ketika menjawab pelbagai komen yang dikemukakan oleh wakil-wakil pertubuhan belia semasa mempengerusikan majlis perundingan itu.

Bagaimanapun katanya, kerjasama serta usaha berterusan oleh pihak berkuasa, rakyat dan badan-badan lain, termasuk NGO dan pergerakan belia, dalam memupuk kesedaran mengenai kesan negatif amalan itu, akan mempunyai kesan positif kepada masyarakat dalam jangka masa panjang.

Beliau turut menggesa semua pihak yang terlibat, terutama ibu bapa, tanpa henti menasihati dan mengingatkan generasi muda tentang maklumat yang tepat mengenai pengambilan minuman beralkohol berlebihan.

17 comments:

  1. Memang tidak dinafikan, sukar untuk meninggalkan amalan tradisi. Tapi jika golongan belia itu sendiri mempunyai kesedaran dari segi kesihatan, pasti pengambilan alkohol itu dapat dihentikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh minum tapi jangan sampai nakalapik nanti satu kerja pun tak boleh buat. hehe

      Delete
  2. Pemimpin belia perlulah bergiat aktif dalam merealisasikan program2 yang disasarkan oleh kerajaan kepada para belia.

    ReplyDelete
  3. pengambilan alkohol berlebihan harus dihentikan, sebaiknya hiduplah tanpa alkohol.

    ReplyDelete
  4. Belia harus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat.

    ReplyDelete
  5. Alkohol hanya memberi keseronokan sementara sahaja, belia2 harus sedar tentang itu. Lebih banyak keburukan dari kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa. Ya betul... Jadi kalau mahu minum pun agak-agak jugalah.

      Delete
  6. Kerajaan telah banyak membuat program untuk belia kita agar sentiasa dapat pendedahan yang positif.

    ReplyDelete
  7. "kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit bagi tujuan membina belia negara melalui pelbagai skim yang disalurkan melalui pihak berkuasa tempatan seperti Pejabat Daerah."

    Harap peruntukan itu akan digunakan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga seruan si Ahmad Shah ini. Jadi para belia haruslah bagi kerjasama bagi memudahkan sesuatu hal diuruskan.

    ReplyDelete
  9. Semoga para belia berusaha menghindarkan diri dari terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak sihat.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan rakyat mendapat pelbagai manfaat daripada pelbagai bantuan yang diberikan kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya harap selepas ini lebih ramai pemimpin2 masyarakat yang turun padang menjelaskan dan menasihatkan rakyat tentang peluang2 bantuan yang disediakan oleh kerajaan..

      Delete
  11. The Government is making continuous efforts to ensure that people's lives are comfortable and assist those still in grasp of poverty to better themselves

    ReplyDelete
  12. badan2 pelaksana bantuan kerajaan perlu aktif turun padang memberikan pendedahan kepada rakyat tentang peranan mereka dan bantuan2 yang disediakan oleh kerajaan untuk belia2 di negeri ini..

    ReplyDelete
  13. The government have launched plenty of programs and the people should take advantage of these opportunities.

    ReplyDelete
  14. If the people refuses to give support or cooperation with the government's program, there is no use.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...