Thursday, June 6, 2013

Pilihan Raya Umum ke-13 kredibiliti dan dipercayai

Posted by Smookiekins On 6/06/2013 03:09:00 PM
Tindakan dan sikap pembangkang hanya memalukan diri sendiri saja dan mencerminkan perjuangan serta matlamat pembangkang yang sebenar.

Pujian Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr yang menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) M'sia pada 5 Mei lalu mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai adalah bukti jelas dari pandangan luar bahawa sistem pilihan raya negara yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah adil, bersih dan telus.

Ini kali ke-2 Carr memuji M'sia secara terbuka, pujian yang pertama pada November 2012. Carr memuji usaha kerajaan membantu proses damai di Selatan Filipina menerusi perjanjian kerangka kerja Bangsamoro.

Pastinya Carr mempunyai asas dan fakta kukuh apa mengiktirafkan PRU negara tanpa dipengaruhi sebarang unsur atau kepentingan tertentu. Ini juga menunjukkan kerajaan Australia amat menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di M'sia. Selari dengan dasar tidak campur tangan dalam urusan politik dalaman negara ini. 

Ini juga membuktikan bahawa negara itu amat komited untuk memelihara perhubungan diplomatik yang baik dengan M'sia. Walaupun begitu maklum balas yang ditunjukkan pembangkang sehingga ke hari ini amat mengecewakan kerana mereka tetap dengan mahu meneruskan perhimpunan membantah  PRU13.

Tindakan pembangkang ini amat menyedihkan dan memalukan. Ketika ada pihak luar mengiktirafkan keputusan PRU13, masih ada rakyat M'sia yang bukan saja menolak keputusan itu, bahkan meraguikan kewibawaan SPR sebagai badan bebas bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya adil dan telus di negara ini. 

Lebih menyedihkan lagi apabila pembangkang dan penyokong turut menghina Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang menyeru semua pihak di negara ini supaya akur dengan keputusan rakyat yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menjadi kerajaan mentadbir negara.

Tindakan pembangkang dan penyokong yang diketuai oleh penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang berkeras mahu meneruskan demonstrasi boleh dilabelkan sebagai tindakan mensabotaj kestabilan dan keselamatan negara.

Kini sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara mengambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang menggunakan platform politik bagi menghuru-harakan negara.


Ditulis: Smookiekins 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...