Helsinki: Suntikan selesema pandemik H1N1 keluaran
GlaxoSmithKline Plc’s mungkin meletakkan golongan dewasa berisiko tinggi
mendapat narkolepsi (cenderung untuk tidur), bukan hanya kanak-kanak
seperti yang dinyatakan dalam kajian sebelum ini, kata Institut
Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan Finland semalam.
Bukti
meningkat kaitan antara vaksin Pandemrix keluaran GSK dan peningkatan
dalam narkolepsi, sejenis gangguan tidur jarang berlaku di kalangan
kanak-kanak yang mengambilnya di Eropah melambatkan kelulusan vaksin
sama di Amerika Syarikat.
14 kali ganda risiko
Data
diterbitkan tahun ini dalam Jurnal Perubatan British mendapati
kanak-kanak di England yang mendapat suntikan Pandemrix ketika pandemik
selsema babi H1N1 2009-2010 mempunyai 14 kali ganda risiko lebih tinggi
mendapat narkolepsi, bersamaan kira-kira satu bagi setiap 50,000 orang.
Institut
Kebangsaan Finland berkata satu analisis di hospital dan data penjagaan
utama di Finland mendapati bahawa golongan berusia antara 20 dan 64
tahun yang menerima Pandemrix adalah tiga hingga lima kali ganda
berisiko mendapat narkolepsi berbanding golongan yang tidak diberi
vaksin.
Narkolepsi adalah gangguan tidur sepanjang hayat, tanpa
penawar dan berpotensi melemahkan, sekali gus mencetuskan halusinasi,
sering mengantuk pada waktu siang dan katapleksi - di mana emosi yang
kuat menyebabkan kekuatan otot menjadi lemah secara tiba-tiba dan
pesakit akan rebah.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment