Monday, May 27, 2013

Lahir cara bedah punca bayi gemuk

Posted by Smookiekins On 5/27/2013 09:24:00 AM
London: Lebih ramai bayi yang dilahirkan secara pembedahan cesarean membesar untuk menjadi kanak-kanak atau remaja gemuk berbanding mereka dilahirkan secara normal, kata satu kajian terbaru membabitkan lebih 10,000 bayi di England.

Kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilahirkan melalui C-section misalnya adalah 83 peratus lebih cenderung untuk mengalami lebihan berat badan atau obes berbanding rakan mereka dilahirkan secara normal berkait rapat dengan faktor seperti berat badan ibu dan berapa lama mereka menyusu badan yang turut diambil kira.


Kesan jangka panjang

Keputusan itu adalah selaras dengan pendapat terbaru membabitkan sembilan kajian terdahulu yang juga mendapati kaitan antara C-section dan obesiti ketika zaman kanak-kanak.


“Melalui C-section, ada banyak kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang kita tidak ketahui,” kata Dr Jan Blustein yang mengetuai kajian terbaru di Sekolah Perubatan Universiti New York.

Kadar C-section di Amerika Syarikat juga dikatakan meningkat, mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan kesan kepada ibu dan bayi.


Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, C-section membabitkan hampir 1 dalam 3 kelahiran pada 2010, meningkat daripada 1 dalam 5 pada 1996.

Bagi wanita, prosedur terbabit meningkatkan peluang kecederaan pundi kencing atau usus selain kesan kepada kehamilan di masa akan datang.


Blustein berkata saiz risiko obesiti bagi kanak-kanak tidak terlalu besar dan tidak sepatutnya terbabit bagi wanita yang perlukan pembedahan berkenaan atas alasan perubatan.

“Tetapi bagi wanita yang memilih C-section sepatutnya perlu tahu mengenai risikonya,” katanya. 


Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...