Tuesday, May 28, 2013

Sony Xperia Z tablet ternipis dunia

Posted by Smookiekins On 5/28/2013 09:48:00 AM
Tablet ternipis dunia, Sony Xperia Z, yang juga adalah tablet Android paling kalis air dan habuk kini boleh ditempah bagi penghantaran Jun depan. 

Diperkenalkan Januari lalu tetapi ditangguhkan pelancarannya, tablet 10 inci ini menggunakan kepantasan pemproses empat teras yang dimantapkan dengan 2GB RAM, paparan penuh HD dan slot MicroSD bagi penstoran luaran.

Ia juga sedia untuk mengguna pakai teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan evolusi jangka panjang Generasi Keempat (4G LTE) untuk membolehkan pembayaran tanpa wayar dilakukan dan dihubungkan dengan internet mudah alih berkelajuan tinggi.

Tablet yang boleh didapati dalam dua warna, hitam atau putih, adalah produk terkini menyusuli falsafah reka bentuk lebih minimum yang diamalkan Sony selama ini.

Sungguh ringan, hanya 495 gram, namun ia padu dan lasak. Ia boleh tenggelam sedalam satu meter hingga 30 minit tanpa sebarang masalah.


Syarikat itu belum mengeluarkan senarai harga rasmi peranti itu tetapi sebaliknya meminta mereka yang berminat untuk membuat semakan di kedai Sony untuk mendapatkan perincian. 

Bagaimanapun, versi 16GB dengan wi-fi dijangka dijual sekitar RM1,800 seunit dan versi 32GB pula RM2,200 seunit.


Sumber: Berita harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...