Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan sumbangan sebanyak RM100,000
kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu
dan Semporna.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman mengumumkan
sumbangan itu dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma
Innoprise di sini kelmarin.
Selain itu, beliau juga berkata bahawa
kerajaan negeri juga menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada setiap
anggota keselamatan yang cedera parah dalam konflik berkenaan.
Musa
menambah: “Kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan pemberian
bantuan-bantuan lain yang sesuai kepada balu-balu mangsa dan anak-anak
mereka.
Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat
menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan
keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun,” katanya.
Lapan
anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden
pencerobohan pengganas asing di Pantai Timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu
lepas.
Sumber: New Sabah Times
ini dpt kurangkan beban keluarga anggota yang terbunuh
ReplyDelete