Tuesday, March 19, 2013

Keputusan STPM tahun 2012 lebih baik

Posted by Smookiekins On 3/19/2013 12:02:00 PM
Sabah mencatatkan peningkatan 0.65 peratus dalam kadar lulus keseluruhan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)  dari 88.76 peratus pada tahun 2011 kepada 89,41 peratus tahun lepas.
  
6,013 pelajar Tingkatan Enam di seluruh Sabah telah menduduki peperikasaan tahun lalu dan seramai  5,376 pelajar telah lulus - 106 jumlah pelajar mendapat 5P(Principal), 2,122 mendapat 4P, 1280 mendapat 3P, 1021 mendapat 2P dan seramai 847 mendapat 1P.        

Menurut Pengarah Pelajaran Negeri Jame Alip, sepuluh sekolah di seluruh negeri Sabah telah 100% lulus dalam peperiksaan ini iaitu, SMK Likas Kota Kinabalu, SMJK Tiong Hua Sandakan, SMK Perempuan Likas Kota Kinabalu, Kota Kinabalu High School, SMK Agama Mohd Ali Ranau, SMK Kunak, SM Sung Siew Sandakan, SMK Merotai Besar Tawau, SMK Segaliud Sandakan dan SMK Weston Beaufort.        

Selain itu, Sabah juga mencatatkan keputusan yang lebih baik dalam tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris, Kesusteraan Melayu, Sejarah, Geografi, Pengajian Perniagaan dan Biologi.   

Tambah Jame, peningkatan itu disebabkan oleh aktiviti-aktiviti di sekolah yang dilaksanakan oleh pelajar dan guru-guru.           

Namun begitu, 14 mata pelajaran kelihatannya kurang pelajar yang lulus. Mata pelajaran tersebut adalah  Pengajian Am, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Ekonomi, Perakaunan, Matematik, Matematik Tambahan, Pengkomputeran, Fizik, Kimia, Sains Sukan dan Seni Visual.  

Ekoran daripada keadaan ini, Pengarah Pelajaran Negeri berkata bahawa Jabatan Pendidikan akan menyiasat penurunan peratusan kelulusan dalam mata pelajaran ini dan bekerja dengan sekolah bagaimana untuk menyelesaikannya.   

Baca selajutnya : Borneo Post 

By : Bah Sabah Bah 

 

1 comment:

  1. moga pada tahun2 akan datang, ia akan lebih baik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...