Ketua pengganas, Agbimuddin Kiram, dipercayai terkepung di Gugusan
Labian, dekat sini, kerana gagal meloloskan diri ke selatan Filipina.
Anak
buahnya dipercayai cuba melarikan adik Jamalul Kiram III itu, tetapi
gagal berikutan kepungan ketat pasukan keselamatan di darat dan laut.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai
disembunyikan anak buahnya bagi mengelak daripada ditahan, cedera atau
terbunuh jika bertempur dengan pasukan keselamatan.
Sembunyi di zon perang
Saya
yakin dia bersembunyi di zon perang dan menyusun taktikal perang,
katanya pada sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri
Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di FELDA Sahabat 16,
semalam.
Beliau berkata, pasukan keselamatan terus berusaha
membawa keluar mayat pengganas Sulu untuk dibedah siasat selepas 25
mayat berjaya dikeluarkan setakat ini.
Selain itu, katanya,
Kampung Sungai Nyamuk, Sungai Bilis dan Tanjung Batu terus dikepung
pasukan keselamatan manakala operasi mencari serta menggeledah
diteruskan.
Sumber: Berita Harian
dia takkan dpt lari, akhirnya akan tertangkap jg
ReplyDelete