Wednesday, February 27, 2013

Rakyat teruskan sokongan kepada BN

Posted by Smookiekins On 2/27/2013 01:56:00 PM

Rakyat seharusnya dapat membuat keputusan yang bijak dalam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN). 

Rakyat harus dapat membezakan siapa yang lebih baik antara pemimpin BN dan pembangkang berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN selama ini.

Tiada sebab rakyat negara ini menukar kerajaan BN mewakili komponen parti berbilang kaum yang memberikan perkhidmatan terbaik untuk kesejahteraan rakyat.

Kerajaan BN tidak pernah menindas rakyat seperti sering ditohmah pembangkang. Wanita BN menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang, terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Jentera pilihan raya Wanita BN kini berada di fasa terakhir, dan jentera itu perlu lipatgandakan usaha bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dilempar pembangkang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yakin BN Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

walaupun BN dijangka menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang pada pilihan raya umum kali ini namun dengan kesepaduan dan kesefahaman yang amat jitu, pastinya BN Sabah mampu mengulangi kecemerlangan itu.

Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan kempen pembangkang yang terus mengkritik kerajaan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Rakyat Sabah menyokong sesiapa saja calon Winnable Candidate (calon boleh menang) BN tanpa mengira parti komponen diwakili dan mengelak sabotaj yang akhirnya menyebabkan calon terbabit tewas.

Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan huru-hara melalui perhimpunan Bersih 1.0 dan 2.0 manakala BN yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memberikan rakyat BR1M 1.0 dan 2.0 kepada rakyat. Berdasarkan dua perkara yang berbeza ini, rakyat perlu menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik.

Jadi tidak ada sebab mengapa rakyat tidak menyokong kepada BN kerana telah banyak bantuan yang telah diberikan oleh BN pada PRU 13 nanti.

Kerajaan hari ini di bawah pemerintahan Najib mempunyai keprihatinan yang benar-benar mengutamakan pembangunan masyarakat pedalaman melalui pelbagai pembangunan termasuk kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas.


Ditulis oleh Smookiekins (Admin)

20 comments:

  1. Rakyat sentiasa menyokong sepenuhnya kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  2. Rakyat akan tetap menyokong kerajaan sedia ada termasuk pemimpinnya.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan kita sekarang telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sekali di bawah pimpinan Perdana Menteri

    ReplyDelete
  4. berharap agar program BR1M akan diteruskan sekiranya BN berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    ReplyDelete
  5. wang bantuan yang diterimanya akan digunakan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

    ReplyDelete
  6. Negara kita berkembang dengan pesat dan maju di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional dan sudah tentu rakyatnya tahu menilai yang mana baik dan buruk

    ReplyDelete
  7. rakyat harus bijak memilih pada PRU akan datang demi mengelak ketidakpastian masa depan seperti yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan pembangkang.

    ReplyDelete
  8. rakyat Sabah terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan pimpinannya membawa lembaran baharu kepada negeri dan rakyat negeri itu.

    ReplyDelete
  9. jika kerajaan BN di peringkat negeri dan pusat terus diberi mandat maka rakyat Sabah bukan sahaja akan terus mendapat nikmat malah akan memperoleh keuntungan lebih besar.

    ReplyDelete
  10. Inilah kerajaan Barisan Nasional. Jadi tak payahlah kita fikir yang lain, kita sokong kerajaan Barisan Nasional peringkat pusat dan kerajaan Barisan Nasional peringkat negeri. InsyaAllah Sabah akan menjurus kepada masa depan, lembaran baharu di mana kita akan membangunkan Sabah bersama negeri-negeri lain

    ReplyDelete
  11. Sabah sebagai ‘simpanan tetap BN’, parti pembangkang begitu risau sehingga ramai pemimpin mereka berulang-alik ke Sabah untuk meracuni fikiran rakyat dengan menabur pelbagai fitnah dan janji bohong.

    ReplyDelete
  12. motif parti-parti pembangkang ialah semata-mata untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi simpanan tetap BN.

    ReplyDelete
  13. Menurut beliau ‘road map’ berkenaan boleh menjadikan negara ke arah yang lebih baik dengan tumpuan terhadap rakyat secara adil dan saksama demi kepentingan bersama khususnya untuk kepentingan negara.

    ReplyDelete
  14. “Kita boleh jadikan Malaysia ini lebih baik lagi sebab sudah ada ‘road map’. ‘Road map’ kita dah jelas, terang….. jangan macam buku jingga. Janji macam-macam, kita tidak main janji, kita tunaikan dan kita laksanakan.

    ReplyDelete
  15. “Tengok dalam suratkhabar hari ini 2,000 ibu tunggal nak saman kerajaan negeri, janji 100 sebulan kalau menang tubuh kerajaan. Hari ini orang dah nampak sekarang, kredibiliti mereka boleh dipersoalkan. Kita di Malaysia penuh dengan pengharapan yang jauh lebih baik daripada hari ini dan kita telah buktikan segala-galanya,“ katanya.

    ReplyDelete
  16. Datuk Seri Najib seterusnya menambah kejayaan negara hari ini adalah berasaskan kepada kerjasama dan permuafakatan seluruh rakyat termasuk kalangan NGO serta parti politik.

    ReplyDelete
  17. “Kita memahami bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat kita tidak boleh lagi tertumpu dan memberi fokus kepada parti siasah sahaja walaupun tidak boleh dinafikan parti politik tetap merupakan jentera dan institusi yang sangat penting.

    ReplyDelete
  18. “Sebab itu kita iktirafnya…..sebab itu Barisan Nasional (BN) faham bahawa masa depan negara ini bergantung kepada permuafakatan kerjasama dengan NGO-NGO dan ‘sivil society’ masyarakat madani.

    ReplyDelete
  19. “Dan kita seharusnya bawa dengan kita sebagai rakan kongsi kita, sebagai rakan seperjuangan kita yang faham bahawa untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara, kita kita perlu dokongan masyarakat madani dan juga NGO-NGO malah setiap komuniti kecil dan besar mesti bersama meniti arus perubahan besar yang nak dibawa oleh kita,” katanya.

    ReplyDelete
  20. sokongan rakyat terhadap BN akan terus kukuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...