Kerajaan Barisan National (BN) tidak pernah pilih kasih dalam memberi bantuan kepada rakyat termasuk mereka yang menyokong pembangkang.
Semua rakyat yang layak berhak menerima bantuan yang disediakan melalui pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan tanpa mengira kaum dan kepercayaan agama serta pengangan politik.
Kerajaan diterajui oleh BN bersikap adil menyalurkan bantuan untuk membela rakyat. Kenyataan dan khabar-khabar angin yang mengatakan bantuan mereka akan dihentikan kerana menyokong pembangkang adalah tohmahan semata-mata. Rakyat tidak perlu bimbang kerana BN sentiasa bersikap adil kepada semua rakyat.
Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berjaya membina sebuah kerajaan yang sentiasa memikirkan kebajikan rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan secara menyeluruh.
Bagaimanapun, kerajaan BN sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan yang ada menerusi pelbagai transformasi yang dilaksanakan. Rakyat mesti menolak dakwaan kononnya BN wajar ditukar kerana sudah memerintah lebih 50 tahun.
Kejujuran dan keikhlasan pakatan pembangkang yang sebelum ini mahu memastikan pilihan raya bersih dan bebas rasuah mulai diragui. Keengganan mereka untuk menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya membuktikan pembangkang tidak serius melaksanakannya dan hanya cakap tidak serupa bikin. Bukan saja pemimpin-pemimpin Pakatan pembangkang tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang tempatan di Sabah perlu menandatangani ikrar tersebut.
Sesiapa saja boleh mendakwa memegang teguh prinsip integriti serta beretika ketika menjalankan tugas tetapi ia perlu diberikan bukti sahih. Sekiranya pembangkang enggan menandatangi ikrar tersebut, ini membuktikan mereka tidak komited.
Ditulis oleh Smookiekins (Admin)
kerajan bersungguh membantu rakyat.
ReplyDeletePembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat
ReplyDeleteini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.
ReplyDeleteTengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini
ReplyDeletepembangkang harus sedar bahawa jika 'Arab Springs' menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang.
ReplyDeleterakyat perlu menolak reformasi yang menganjurkan siri demonstrasi jalanan sehingga membawa banayak masalah kepada rakyat.
ReplyDeleterakyat Sabah supaya tidak tertipu dan menolak reformasi dan Buku Jingga pakatan pembangkang yang jelas menipu pengundi di negeri-negeri yang diperintah pembangkang kerana hingga ke hari ini rakyat negeri berkenaan masih belum menikmati apa yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lepas.
ReplyDeleterakyat Sabah perlu memilih transformasi yang sudah terbukti membawa negara ke arah negara maju serta diiktiraf ramai pemimpin dan perunding dunia sehingga kerajaan berupaya membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 selepas pilihan raya umum.
ReplyDeletePihak pembangkang tidak mempunyai keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat tujuan utama pihak pembangkang ialah merebut kuasa Barisan Nasional (BN) demi mencapai agenda masing-masing dan hanya mementingkan diri sendiri.
ReplyDeletePembangkang sebenarnya tidak mempunyai keikhlasan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka hanya mahu menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang dan seterusnya merampas kuasa.
ReplyDeletePembangkang berani membuat sebarang perjanjian untuk rakyat walaupun pada hakikatnya apa yang dijanjikan adalah di luar keupayaan mereka sendiri
ReplyDeleterakyat perlu cukup matang dan rasional dalam membuat keputusan yang bijak dan tidak dipengaruhi emosi dan kata hati semata-mata.
ReplyDeletePerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan kepimpinan yang cukup baik melalui pelbagai dasar yang dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.
ReplyDeleteKebajikan rakyat sentiasa menjadi perhatian kerajaan, kata Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.
ReplyDeleteBeliau berkata, kerajaan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang politik mereka atau kepercayaan agama.
"Rakyat mesti terus meletakkan kepercayaan dengan kerajaan supaya kerajaan dapat terus memberi khidmat kepada rakyat," katanya.
ReplyDeleteKatanya, kerajaan tidak pernah menolak untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Malah, kerajaan ada banyak program untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan memberitahu mereka bahawa mereka tidak dilupakan.
ReplyDeleteHamisa menekankan yang kerajaan akan sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan jangkaan rakyat dan akan terus memperkukuhkan program kebajikan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dan RM100 bantuan untuk pelajar.
ReplyDelete