Rakyat wajar bersyukur kerana memiliki pemerintahaan daripada
kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan mereka hidup dengan harmoni
dan menikmati kemakmuran serta kesejahteraan.
Ahli Parlimen
Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan
terus memastikan rakyat menikmati kesejahteraan, keharmonian dan
kemakmuran.
“Apa yang dilakukan oleh BN adalah hanya untuk rakyat
yang pelbagai kaum dan bukannya untuk kepentingan diri atau individu
tertentu,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan kepada warga emas,
ibu tunggal yang menyambut perayaan Krismas di Gereja Katolik St
Micheal’s Lumadan dekat sini kelmarin.
Menurutnya Kerajaan BN juga
tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan sentiasa memastikan perpaduan
serta persefahaman rakyat tidak akan tergugat.
Beliau berkata
rakyat tidak akan menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran
sekiranya mereka memilih untuk menyokong pembangkang.
“Pembangkang
hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kepentingan individu tertentu
yang mahukan kuasa, mereka bukan berjuang untuk rakyat,” katanya dan
menambah rakyat boleh melihat apa yang diperjuangkan oleh pembangkang
dengan begitu jelas.
Katanya rakyat boleh berfikir sendiri mengapa pembangkang sanggup mempergunakan isu agama dan mengapi-apikannya kepada rakyat.
Menurutnya
isu itu dipergunakan untuk mencetuskan perbalahan di kalangan rakyat
“dan jika perbalahan rakyat berlaku tentu sekali perpaduan dan
persefahaman rakyat pelbagai kaum akan lenyap.”
“Apabila perpaduan
dan persefahaman itu lenyap, maka rakyat tidak akan lagi dapat
menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian…rakyat pasti akan
menjalani kehidupan dalam sebuah negara yang huru-hara,” katanya lagi.
Sehubungan
dengan itu Sapawi berharap agar rakyat tidak akan terpengaruh dengan
pembohongan dan fitnah yang disebarluaskan oleh pembangkang ketika ini.
Katanya rakyat juga jangan mengikut emosi sebaliknya membuat keputusan menerusi penilaian dan penelitian.
“Rakyat
harus sedar apa yang diputuskan ketika ini kesannya akan turut dirasai
oleh generasi akan datang…buatlah keputusan yang terbaik dengan
mengekalkan sokongan kepada BN dan jangan buat keputusan yang akan
menimbulkan kekesalan,” katanya lagi.
Hadir sama pada majlis
tersebut termasuklah Adun Lumadan Datuk Kamarlin Ombi, Ketua Umno Zon
Lumadan, Muanam Mujiarto, Ketua Anak Negeri Lumadan, Jalip Sabli,
Pengerusi JKKK Kg. Batu 6 Lumadan, Sarun Dambun dan Ketua Kampung Batu
6, Salleh Katim.
Sumber: New Sabah Times
rakyat harus bersyukur akan keharmonian dan keamanan yang dikecapi.
ReplyDeleteSabah Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan refuted opposition claims of Barisan Nasional (BN) not having brought ‘any development’ to the state and its people for the past 49 years as a big lie.
ReplyDeleteDescribing the opposition’s allegations as a tactic to garner votes for the upcoming general election, he added that Sabahans could see the evidence for themselves with the provision of basic facilities, infrastructure, education, electricity and water supply.
DeleteConditions have come a long way since I (Pairin) entered politics in 1975 or 1976. Sabah was lacking in many areas but now there’re roads, electricity and water supply, schools, institutions of higher learning (Universiti Malaysia Sabah), even in Kiulu
DeletePrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was in the midst of actively transforming the country towards a developed nation with a high income population by 2020 through the Government Transformation Programme.
ReplyDeletePrime Minister was a people’s leader who always went down to the grassroots to treat and resolve their problems, especially in rural and secluded areas.
DeleteRural folk must continue their support for Barisan Nasional in the coming general election for continued development in their area.
ReplyDeleteI believe BN would still be in power after the election and the party in power has the authority to distribute allocations
ReplyDeleteIf we are not with the government, we could be deprived of financial assistance for development
ReplyDeleteBN greatest threat is the enemy within
ReplyDeleteThis will affect BN’s winning potential in the areas.
ReplyDelete