Selepas melalui apa yang dikatakan “tsunami politik” pada pilihan
raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah
parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan
perubahan besar dalam hidup rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung
kerajaan BN.
“Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara,
kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita
melakukan usaha-usaha pembangunan.
“Pembangunan ekonomi kita
laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia
telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan
menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun,”
katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan
pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia
dan Sukan Paroi, di sini malam Selasa.
Katanya, jika dulu Malaysia
menghadapi masalah ketiadaan pelabur, namun hasil usaha dilaksanakan
kerajaan BN hari ini menyaksikan kedatangan pelabur ke Malaysia semakin
meningkat.
“Malaysia sudah menjadi negara tumpuan pelabur kerana
Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dan sehingga hari
ini peluang pekerjaan banyak, industri bercambah bagai cendawan selepas
hujan dengan nilai berbilion ringgit dibawa masuk,” katanya.
Berucap
di hadapan ribuan hadirin yang memakai baju biru, Muhyiddin berkata
dengan keadaan sekarang tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya
dengan hasutan pembangkang yang mahu menukar kerajaan sedia ada.
Katanya,
ini kerana berbanding negara-negara lain Malaysia tidak menghadapi
sebarang krisis atau pergolakan dan rakyat dari negara lain sendiri
datang untuk mendapatkan nikmat hidup di negara ini.
“Banyak
negara menghadapi krisis sehingga diisytihar muflis tapi Malaysia masih
terus maju dapat pembangunan, rakyat dapat menikmati kemajuan melimpah
ruah, ini adalah kenyataan.
“Jadi apa sebab nak tukar kerajaan
kerana banyak negara mereka tukar kerajaan tiada peluang pekerjaan,
mereka tukar kerajaan kerana mereka kata tidak dibantu kerajaan, mereka
tukar kerajaan kerana sudah muflis, ada krisis, ada pergaduhan.
“Tetapi
di Malaysia tidak ada, rakyat dapat berhimpun dalam keadaan yang tenang
dan tidak ada ancaman, kita hidup dalam keadaan begitu aman sejahtera,
jadi apa sebab mahu tukar kerajaan,” katanya.
Muhyiddin yang dalam
rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata, pimpinan BN sentiasa
berpadu dan tidak pernah bergaduh, perpaduan jelas kukuh tidak goyah
seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Katanya, BN adalah satu-satunya parti yang jelas perjuangannya dalam mempertahan kebajikan semua kaum.
Turut
hadir pada majlis itu beberapa pemimpin utama BN, termasuk Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim,
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden
Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad
Hasan.
Sumber: New Sabah Times
BN tetap kukuh.
ReplyDeleteThere is no question of the state government turning its back on the native people of Sabah.
ReplyDeleteBear in mind that the Barisan National (BN) government is led by native Sabahans, and issues concerning the well being of the native people of Sabah are high on our agend
ReplyDeletethe state government's recent directive to the Forest Department to stop the re-delineation of the forest reserve boundary in areas where the delineation had encompassed areas claimed by the local community as their native customary land.
ReplyDeleteSabahans know that it was only through Umno and the Barisan Nasional (BN) that Sabah could enjoy continued development and their interests looked after.
ReplyDeletethe most important agenda of the government was the National Transformation Programme.
ReplyDeletemany successes have been achieved by the BN government
ReplyDeletefederal government was aware that Sabah needed more roads, electricity supply, houses and various other facilities.
ReplyDeleteall these could be delivered by the BN which was in line with its" Janji Ditepati" pledge to fulfill the needs of the people wherever they were.
ReplyDeletegood relationship between the federal government and the Sabah government was a further boon for efforts to develop the state.
ReplyDeletedevelopment in Sabah would be at the same pace as states in Peninsular Malaysia.
ReplyDelete