Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang jenis kerang.
Ini termasuk lokan, tiram, kepah, dan semua jenis-jenis kerang.
Pengarah
Jabatan Perikanan, Rayner Stuel Galid dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr
Christina Rundi ketika mengeluarkan amaran itu dalam kenyataan mengenai
air merah berkata orang ramai hendaklah menghindarkan diri dari memakan
semua jenis kerang atau mengutip serta mahu menjualnya kepada orang
ramai untuk dimakan.
Dari analisas toksin air merah dalam kerang
masih berlaku hasil dari kajian yang dibuat oleh Bahagian Penyelidikan
Jabatan Perikanan di Likas di sini.
Beliau berkata sesetengah
kerang yang diuji itu dikutip di beberapa tempat Putatan, Papar dan
Tuaran masih yang menunjukkan toksin yang tinggi berdasarkan kiraan Unit
Mouse (MU) dan ada antaranya mencecah sehingga 6,900 MU di Putatan.
Bagi kawasan Papar 4,000 MU dan 3,000 MU di Tuaran yang masih dianggap mempunyai toksik yang tinggi.
Hasil ujian yang paling rendah ialah 400 MU masih berbahaya untuk dimakan.
Fenomena
air merah berlaku di Sabah sejak beberapa tahun lalu sehingga
membuatkan kerang mempunyai toksik sehingga 11,000 MU dan keadaan air
merah ini dijangka akan terus berlaku sehingga bulan Jun.
Toksik yang paling tinggi dilaporkan pada Mac.
Rayner
dan Dr Christina menegaskan hanya Jabatan Perikanan saja yang dapat
mengesan kehadirian toksin dalam kerang melalui ujian di makmal.
Mereka
berkata orang biasa tidak dapat memberitahu sama ada kerang itu
mempunyai toksik atau tidak kerana ia tidak boleh dilihat, dicium atau
dirasa kerana toksin dalam kerang-kerang ini juga tidak boleh dicuci
atau dibuang menggunakan perisa makanan atau dimasak.
Sementara
itu, Dr Christina berkata tanda-tanda awal keracunan kerang akibat air
merah termasuklah rasa kebas di bibir dan lidah dalam beberapa minit
selepas memakan kerang beracun dan ada yang memakan masa satu atau dua
jam yang akan mengakibatkan rasa sakit yang membuatkan rasa badan merasa
kebas terutama bahagian tangan ddan kaki diikuti sukar untuk bernafas.
Beliau
berkata sesiapa juga yang mempunyai tanda-tanda seperti ini perlu
segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan.
“Kelewatan untuk mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan kematian,” katanya.
Jenis hidupan laut yang dianggap selamat untuk dimakan-semua jenis udang dan ketam serta ikan laut dalam seperti tenggiri.
Bagaimanapun para pengguna perlu membuang bahagian perut dan insang sebelum memakan ikan dan perlu dibasuh dengan bersih.
Sumber: New Sabah Times
jgn makan kerang buat masa sekarang.
ReplyDeleteJabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan.
ReplyDeleteTimbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah.
ReplyDelete