Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol, berkata
ini kerana Mohd Najib tidak mahu rakyat terpinggir memandangkan sebagai
sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ia mesti berkorban demi
kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Beliau berkata, prinsip
perjuangan inilah membolehkan rakyat terus terbela dan sekali gus
menunjukkan sokongan kepada kerajaan semakin meningkat di saat kumpulan
pembangkang cuba menggugat kekuatan parti terutamanya di peringkat akar
umbi.
Katanya, rakyat tidak semudah itu untuk dipengaruhi
memandangkan mereka sudah matang dapat menilai parti yang mampu membela
nasib mereka dan bukan seperti pembangkang hanya tahu bercakap tetapi
sebenarnya kosong belaka.
“Saya mengambil contoh pemberian
komputer riba 1Malaysia secara percuma termasuk pelbagai lagi bantuan
dan inisiatif lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang
memanfaatkan semua lapisan rakyat tanpa mengira fahaman.
“Inilah
namanya kerajaan yang prihatin walaupun macam-macam tohmahan kita dengar
tetapi Barisan Nasional (BN) tetap memastikan rakyat terutama di
kawasan terpencil sekali pun mendapat pembelaan.
“Kita wajar
bersyukur dengan kerajaan BN khususnya kepada Mohd Najib dan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang tidak putus-putus
memikirkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.
Juslie
menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Komputer
1Malaysia peringkat Parlimen Libaran di Dewan Sri Libaran, dekat sini,
kelmarin.
Hadir sama Setiausaha Umno Bahagian Libaran, Haji Basrah
Abdul Rahman; Bendahari Bahagian, Salzo Haji Asa dan Ketua Pegawai
Perhubungan Parlimen Libaran, Sapilin Mohd Yassin.
Dalam konteks
ini, Juslie yang juga selaku Timbalan Ketua Umno Libaran berharap pada
penerima komputer riba 1Malaysia agar memanfaatkan kemudahan berkenaan
sebaik mungkin dan bukannya disalahgunakan.
Tambah beliau, rakyat
negara ini sesungguhnya sangat beruntung kerana kerajaan BN ingin
melihat rakyat terutama generasi muda sentiasa peka dengan perkembangan
Teknologi Maklumat (IT) agar tidak ketinggalan ketika kerancakan arus
pemodenan global pada hari ini.
Menurutnya, usaha kerajaan BN
adalah bukti kukuh ia terus komited dalam menjaga kebajikan rakyat
selari dengan perancangan dan matlamat menjelang Wawasan 2020 ke arah
melahirkan masyarakat celik IT.
“Kalau diikutkan hati, kita mahu
semua rakyat jelata mendapat komputer riba ini kerana masih banyak orang
di luar sana yang ingin juga mendapatkan kemudahan diberikan secara
percuma itu.
“Tapi, bersabarlah … kerajaan BN adalah sebuah
kerajaan yang ikhlas dan prihatin akan ada juga peluang bagi mereka yang
belum tersenarai sebagai penerima untuk komputer riba berkenaan,” ujar
Juslie.
Ini katanya, BN sentiasa mengambil berat kepentingan semua
kaum dan mana mungkin mereka yang amat memerlukan akan tercicir kerana
kerajaan akan sentiasa mengenal pasti mana-mana individu belum mendapat
manfaat akan tersenarai jua akhirnya.
Sehubungan itu, beliau
menggesa agar rakyat memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN pada
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan memastikan kemenangan mutlak akan
tercapai.
Katanya, rakyat perlu hati-hati dalam memilih kerajaan
kerana tiada lagi parti melainkan BN sahaja mampu memberi kesejahteraan
kepada mereka baik dari segi pembangunan mahu pun kestabilan politik.
Pada
majlis pengagihan komputer riba 1Malaysia bagi kali ketiga itu
menyaksikan kira-kira 1,500 orang telah menerimanya yang dikendalikan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sumber: New Sabah Times
Sumber: New Sabah Times
Pairin turut menggesa rakyat Sabah agar terus memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori pelbagai pendekatan termasuk program transformasi yang banyak memberi faedah kepada rakyat.
ReplyDelete“Perdana Menteri kita prihatin, masalah kita dibawa di meja bulat untuk berunding, dia mendengar dan memberi perhatian,” katanya.
ReplyDeletePairin berkata rakyat harus berganding bahu bagi memastikan segala yang dirancang dengan baik untuk masa depan rakyat dapat diteruskan.
ReplyDelete“Rakyat Sabah harus bersatu hati dalam BN dan elakkan perpecahan,” katanya.
rakyat kena memilih kerajaan yang benar2 dpt membela nasib mereka.
ReplyDeleteKita harus terus menyokong kerajaan
DeleteKesunggugan kerajaan dalam membangunkan Sabah dan rakyat harus dihargai
ReplyDelete