Monday, December 10, 2012

Graduan SLDN mampu bina kerjaya lebih gemilang

Posted by Smookiekins On 12/10/2012 01:26:00 PM

Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang lebih sedekad diluluskan pelaksanaan nya, banyak mendatangkan manfaat kepada para pesertanya.

Majlis Konvokesyen SLDN Zon Sabah & Labuan 2012 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia itu turut melibatkan syarikat dan Penyedian Latihan Kemahiran Program SLDN di Sabah dan Labuan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Yee Moh Chai ketika merasmikan majlis konvokesyen itu di Suria Sabah, dekat sini, kelmarin, berkata SLDN merupakan satu usaha kerajaan bertujuan melahirkan pekerja berpengetahuan (k-workers) di kalangan warga tempatan dan serta meningkatkan daya saing negara di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan hari ini dan saya yakin, para graduan akan berupaya meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga serta dapat membina kerjaya yang lebih gemilang lagi,” ujar beliau.

Dr Yee yang juga merangkap Menteri Pembangunan Sumber Dan Kemajuan Teknologi Maklumat juga menyarankan supaya graduan-graduan memperkasakan diri masing-masing dengan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta bersikap kearah anjakan mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut beliau, pada masa kini, kapasiti tenaga kerja mahir negara adalah pada tahap 29 peratus, yang mana sasaran negara adalah untuk mencapai 33 peratus pada tahun 2015 dan 20 peratus dan 50 peratus menjelang tahun 2020.

Tambah beliau lagi, pendekatan SLDN terbukti berjaya di mana amalan ini telah dicontohi Malaysia dari Jerman sebagai rujukan bagi membantu lepasan sekolah, pencari kerja dan pekerja sedia ada untuk meningkatkan potensi dan membina kerjaya berterusan tanpa batasan.

Beliau berkata, selaras dengan keperluan RMKe-10, pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) diharapkan akan menjadi aliran pilihan utama para pelajar terbaik di masa hadapan seperti di negara-negara maju yang lain.


Sumber: New Sabah Times

3 comments:

  1. keperluan tenaga mahir amat tinggi pada masi kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemahiran sangat penting untuk mendapat pekerjaan yang diimpikan

      Delete
  2. Sekarang semuanya mencabar dan persaingan dalam merebut peluang pekerjaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...